Artikel Pilihan

ALBERTO HELLER MAHU KEMBALI BERAKSI BERSAMA JENTERA RALLY1

Pemandu rali dari Chile. Alberto Heller berharap untuk dapat kembali memandu jentera Ford Puma Rally1 Hybrid dengan lebih kerap, susulan daripada penampilan sulung beliau di tempat sendiri bersaing bersama jentera Rally1 yang lain dalam perlumbaan World Rally Championship (WRC) di Chile bulan lepas.

Bintang Amerika Selatan itu berjaya melengkapkan perlumbaan Rally Chile Bio Bío walaupun beliau kurang pengalaman bertanding di peringkat tertinggi dalam kelas WRC. Alberto Heller menyasarkan untuk kembali melakukannya lagi bersama Ford Puma Rally1 Hybrid, tetapi mengakui lebih banyak masa persediaan akan membantunya mendapatkan keputusan yang terbaik daripada pengalaman itu.

Peraturan semasa WRC melarang semua pasukan menguji jentera di luar Eropah, tetapi Alberto Heller telah terbang ke Britain untuk memandu kereta di kemudahan ujian M-Sport sebelum acara perlumbaan tersebut.

“Memandu jentera ini sangat mengagumkan,Tetapi ia tidak begitu mudah – terutamanya apabila anda mengendalikan di laluan seperti saya lakukannya pada saingan hari Sabtu dan Ahad. Matlamat saya adalah untuk mencapai penamat tanpa sebarang masalah dan memulankan semula jentera tersebut kembali kepada M-Sport seperti yang mereka berikan kepada saya. Dan saya berjaya melakukannya”, ujar Alberto Heller.

“Rally Chile adalah ajaib, untuk mendapatkan WRC datang ke negara saya dan ke bandar saya benar-benar sesuatu yang istimewa dan saya ingin kembali dan mengulanginya sekali lagi – ia menyedihkan apabila kami menamatkan peringkat terakhir dan rali telah berakhir. Kami mahu mengulangi [apa yang kami lakukan] di sini di Chile, tetapi lain kali saya mungkin akan menambah beberapa acara lagi untuk membantu membuat persiapan yang lebih baik”, tambahnya lagi.

“Untuk bersaing bersama jentera Rally1 ini selepas satu ujian kecil tidaklah begitu mudah. Satu perkara yang pasti, jika kami kembali dan melakukannya sekali lagi, kami melakukannya dengan pasukan yang sama. Hubungan dengan M-Sport benar-benar baik,” ujar Alberto Heller lagi.

Albereto Heller menamatkan acara itu di tempat ke-15 selepas mengalami sedikit masalah dengan tayar pada SS9. Beliau yang memandu jentera Ford Puma dengan livery istimewa berjaya mencatatkan beberapa kali tempat 10 teratas  termasuk ketujuh terpantas ketika saingan hari Sabtu.

BACA : EMPAT FORD PUMA RALLY1 BAKAL BERAKSI DI RALLY CHILE MINGGU INI

BACA : PEMILIK M-SPORT FORD AKHIRNYA BERPELUANG MEMANDU FORD PUMA RALLY1

Google ads

B K

Back to top button