
ROYAL ENFIELD MALAYSIA UMUM HARGA SUPER METEOR 650, BERMULA RM37K, JANA 46.4HP
Royal Enfield Malaysia baru-baru ini secara rasmi melancarkan Super Meteor 650 di Desaru International Bike Week di Johor.
Diletakkan sebagai produk premium, Super Meteor 650 boleh dimiliki pada harga seperti berikut:
- Super Meteor Single (Astral) – RM37,900
- Super Meteor Dual (Interstellar) – RM38,300
- Super Meteor Tourer (Celestial – RM39,300

Tampil elegan, Super Meteor 650 didatangkan dengan lampu LED, fork jenis USD, casis dan swingarm serba baharu termasuk diserlahkan lagi melalui rim jenis aluminium bersaiz 19-inci (hadapan) serta 16-inci (belakang).

Perincian lain termasuklah menggunakan tayar bersaiz 100/90 dan 150/80, unit cakera tunggal 320mm dengan angkup dua piston di hadapan sementara di belakang dilengkapi cakera 300mm dengan angkup dua piston.
Untuk rekod, Super Meteor 650 dibekalkan dengan tangki bahan api berkapasiti 15.7 liter.
Beralih pada kuasa, Super Meteor 650 dijana oleh enjin dua silinder selari 650cc SOHC dengan sistem suntikan bahan api dan penyejukan angin atau minyak.
Nadi berkenaan dipadankan bersama transmisi enam kelajuan di mana ia berupaya menghasilkan 46.4hp pada 7,250rpm dan 52.3Nm pada 5,650rpm.
GALERI:


































- BACA: ROYAL ENFIELD HUNTER 350 KINI DI MALAYSIA. VARIAN METRO REBEL DAN DAPPER, BERMULA RM22K SAHAJA!
- BACA: ROYAL ENFIELD BUKA PUSAT 3S BAHARU DI PULAU PINANG
- BACA: ROYAL ENFIELD JUAL 82,097 UNIT MOTOSIKAL PADA SEPT 2020. NAIK 145% DI PERINGKAT GLOBAL
- BACA: ROYAL ENFIELD METEOR 350 2023 TERIMA WARNA BAHARU