Buletin

FORUM8 RALLY JAPAN MINGGU INI. TEKANAN PASTINYA UNTUK PASUKAN TOYOTA GAZOO RACING

Hujung minggu ini akan berlangsungnya perlumbaan terakhir dalam kalendar FIA World Rally Championship (WRC) musim 2023 di FORUM8 Rally Japan dengan menyaksikan pasukan tuan rumah, Toyota Gazoo Racing pastinya mahu menghadiahkan kemenangan kepada rakyatnya.

Perkara tersebut sudah pun diakui oleh pemandu lagenda, Sebastian Ogier yang akan turut membuat kemunculan untuk perlumbaan di Jepun ini. Ketika perlumbaan di rumah sendiri tahun lepas yang berlangsung buat pertama kalinya, pasukan Toyota Gazoo Racing berasa kecewa kerana terpaksa melihatkan lawan pasukan Hyundai Motorsport berjaya menaiki podium satu-dua di hadapan peminat mereka sendiri.

Pastinya kali ini, Sebastian Ogier mahu memadakamkan memori pahit tersebut dengan memastikan pasukan Toyota Gazoo Racing akan mengungguli saingan pula kali ini. Pada perlumbaan tahun lalu, Sebastian Ogier hanya berada di tempat keemapat keseluruhan setelah mengalami kerosakan tayar.

“Ianya adalah rali yang istimewa, terutamanya rali untuk pasukan tuan rumah. Sebagai pemandu, saya merasakan tanggungjawab untuk cuba memastikan kemenangan,” ujar pemenang WRC sebanyak lapan kali itu.

Walau pun sudah meraih kemenangan berganda terutamanya sebagai juara kategori Pengeluar, namun begitu kemenangan di rumah sendiri terutamanya di hadapan penyokong dan peminat pastinya akan lebih bermakna buat pasukan Toyota Gazoo Racing.

Dan untuk perlumbaan kali ini, cuaca diramalkan akan hujan membasahi bumi Jepun yang pastinya akan membuatkan laluan akan menjadi lebih licin dan mencabar buat para pemandu.

Sementara itu pemandu harapan tuan rumah, Takamoto Katsuta pastinya tidak sabar untuk memulakan saingan di bumi sendiri serta di hadapan para peminat dan penyokong.

Pemandu Jepun yang berusia 30 tahun itu adalah wira untuk FORUM8 Rally Japan tahun lalu, menamatkan sebagai pemandu Toyota teratas dengan berada di podium ketiga. Takamoto Katsuta berkata sokongan rumah membantunya mencapai keputusan itu dan dia mengharapkan lebih banyak perkara yang sama apabila perlumbaan yang berlokasikan Bandar Toyota berlangsung.

Mood Takamoto Katsuta pastinya dalam keadaan baik setelah menamatkan perlumbaan di Central European Rally di tempat kelima keseluruhan untuk perlumbaan dengan permukaan aspal nanti.

“Pengalaman beraksi di CER adalah baik. Kondisi cuaca dan cengkaman berubah setiap masa tetapi bekerjasama dengan pasukan memastikan saya mendapat talaan jentera dengan baik serta mendapat keyakinan. Saya mahukan ianya juga di Jepun. Ini adalah perlumbaan tuan rumah, saya akan berusaha sehabis baik. Perlumbaan tahun lepas tidaklah mudah dan saya mahu menamatkan perlumbaan dengan jaya,” ujar Takamoto Katsuta.

Sementara itu, seorang lagi pemandu pasukan Toyota Gazoo Racing, Elfyn Evans juga pastinya mahukan keputusan yang terbaik untuk aksi di Jepun ini nanti memandangkan beliau pastinya mahu menamatkan musim ini di tempat kedua keseluruhan terbaik di samping pencabar terdekatnya, Thierry Neuville.

Thierry Neuville pastinya juga mahu mengekalkan kejuaraan yang dimenanginya 12 bulan yang lalu dan sedikit menjalar kejayaan pasukan Toyota Gazoo Racing di bumi Jepun.

BACA : WRC 2022 – THIERRY NEUVILLE MENANG DI RALI JEPUN

BACA : PRESIDEN TOYOTA MENGESAHKAN KOMITMEN MEREKA UNTUK KEKAL BERSAMA WRC UNTUK JANGKA MASA PANJANG

Google ads

B K

Back to top button