Buletin

WRC 2023 – OTT TANAK MENANG DI CHILE. TOYOTA GAZOO RACING MENANG LEBIH AWAL

Pemandu handalan pasukan M-Sport Ford, Ott Tanak akhirnya berjaya menebus semula dalam beberapa siri kekecewaan sebelum ini dengan memenangi perlumbaan FIA World Rally Championship, (WRC) Rally Chile Bio Bío yang berlangsung dalam keadaan sengit.

Ott Tanak yang memandu jentera Ford Puma Rally1 itu bersama Juruarah Martin Järveoja berjaya muncul juara di perlumbaan Amerika Selatan hasil kebijaksaan beliau untuk memilih tetapan tayar yang tepat. Ini adalah kemenangan kedua buat beliau bagi musim ini.

Pun begitu, Ott Tanak sebenarnya dari awal dikejar rapat oleh pemandu Hyundai, Teemu Suninen serta Thierry Neuville yang berterusan memberikan tekanan buat pemandu Latvia tersebut.

Teemu Suninen yang galak mengejar pendahulu gagal menamatkan saingan di peringkat akhir perlumbaan apabila jentera Hyundai i20 N Rally1 yang dipandunya terlanggar sesuatu yang mengakibatkan kerosakan teruk pada tayar .

Itu membolehkan rakan sepasukan Thierry Neuville berada di tempat kedua keseluruhan sambal diekori Elfyn Evans yang mengambil kesempatan atas peristiwa tersebut untuk menaiki podium terakhir.

Dengan kejayaan Elfyn Evans tersebut, bukan sahaja membantu pasukan untuk mengutip mata, malah menghidupkan kembali peluang untuk mengejar kejuaraan WRC musim ini apabila berjaya merapatkan pungutan mata yang kekal didahului Kalle Rovanpera. Agak malang buat Kalle Rovanpera apabila gagal menanatkan perlumbaan di podium sementelah hari lahirnya ke 23 tahun jatuh pada hari yang sama. Kalle Rovanpera hanya mampu menamatkan di tempat keempat keseluruhan.

Mengambil di atas keputusan tersebut membolehkan pasukan Toyota Gazoo Racing dari Jepun itu merayakan lebih awal apabila berjaya mengunggulli saingan bagi kategori Pengeluar buat sekian kalinya menewaskan pasukan Hyundai Motorsport yang terus kempunan untuk meraih keputusan cemerlang bagi kategori Pengeluar.

“Saya amat berbangga dengan pasukan dan juga pemandu serta hasil yang diperolehi sepanjang musim ini,” luah Prinsipal pasukan Toyota Gazoo Racing, Jari-Matti Latvala.

Selepas ini perlumbaan berikutnya bakal berlangsung di Central European Rally yang buat pertama kalinya dilangsungkan membabitkan tiga negara pada penghujung Oktober nanti.

BACA : WRC 2023 – KEMENANGAN DRAMATIK OTT TANAK DI RALLY SWEDEN

BACA : WRC 2023 – ELFYN MENANG DI RALLY CROATIA YANG PENUH DENGAN EMOSI

Google ads

B K

Back to top button