DITAYANGKAN BULAN DEPAN. FAST & FURIOUS DENGAN CERITA YANG MAKIN TAK REALISTIK
Sembilan sikuen, penampilan berbeza dari versi awal yang memaparkan scene kaki kereta dan akhir-akhir ini, Fast & Furious lebih cenderung mempamerkan aksi tak masuk akal, stunt yang keterlaluan dan berlebihan.
Ramai yang menganggap Fast & Furious sudah lari dari konsep asalnya yang spatutnya memaparkan aksi kereta dan kereta.
Kita sudah saksikan Lykan Hypersport dihempaskan dari menara tinggi, kereta yang turun dari payung terjun, kapal selam, kereta kebal dan bermacam jenis aksi lagak ngeri yang di luar kemampuan sebuah kereta sebenarnya.
Tapi itu hanya permulaan.
Fast & Furious kini akan dihasilkan dalam bentuk animasi dan ia akan ditayangkan menerusi saluran Netflix yang berjudul ‘Fast & Furious: Spy Racers’.
Jika dalam bentuk lakonan sebenar pun aksinya sudah keterlaluan, apa yang anda boleh bayangkan untuk sebuah animasi yang tiada had fizik dan sinematografi langsung?
Ya. bolehlah bayangkan kereta terbang merentasi galaksi pun.
Diterbitkan oleh DreamWorks Animation, ‘Fast & Furious: Spy Racers’ menampilkan watak remaja Tony Toretto, sepupu Dominic Toretto (Vin Diesel) yang dilatih oleh agensi kerajaan untuk membanteras kumpulan penjenayah SH1FT3R.
Pelakon lain ialah termasuklah Camille Ramsey (American Vandal) sebagai pelumba haram dan Layla Gray, Luke Youngblood (Harry Potter) sebagai genius teknologi berusia 13 tahun yang dilakonkan oleh Frostee Benson, Charlet Chung (Overwatch) sebagai Echo dan Jorge Diaz (Jane the Virgin) sebagai Cisco Renaldo.