NETFLIX DIBERI AMARAN KERANA SIAR JENAMA SYARIKAT TEMBAKAU DALAM RANCANGAN ‘DRIVE TO SURVIVE’
Rancangan tentang F1 di Netflix ‘Drive to Survive’ menerima kecaman setelah memaparkan penjenamaan syarikat rokok.
Pemantau industri F1, Formula Money dan badan pemantau industri tembakau, STOP menyatakan bahawa ‘Drive to Survive’ musim keempat memaparkan sejumlah 1.1 bilion minit rakaman yang mengandungi kandungan berkaitan tembakau.
Tambah pemantau industri itu lagi, penaja Ferrari iaitu Philip Morris International (PMI) dan McLaren British American Tobacco (BAT) adalah yang paling banyak disiarkan.
Menurut laporan baru-baru ini, rancangan ‘Drive to Survive’ telah meraih peningkatan dari segi tontonan terutama dakan kalangan penonton muda.
“Peningkatan penonton ini bermakna lebih ramai orang melihat penjenamaan penaja F1 diletakkan pada kereta dan livery.
“Netflix perlu bertanggungjawab untuk tidak menyampaikan kandungan yang mempromosikan, walaupun secara tidak langsung, jenama syarikat rokok,” kata Jorge Alday dari STOP.
Walaupun isu ini semakin mendapat perhatian, Netflix, bagaimanapun masih belum memberi sebarang respon.
Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA), badan induk Formula Satu mengesyorkan agar syarikat tembakau tidak memberi sebarang penajaan dalam sukan itu sejak dua dekad lalu.
- BACA: JENTERA F1 MERCEDES BAHARU BERWARNA HITAM UNTUK MENGURANGKAN BERAT – HAIH WARNA PUN ADA BERAT KE?
- BACA: FORD JALIN KERJASAMA DENGAN RED BULL, KEMBALI KE F1 2026
- BACA: CARLOS SAINZ BELI KERETA PERTAMA SETELAH 9 TAHUN JADI PELUMBA F1 – KITA KERJA SEBULAN DAH BELI KERETA LOAN 9 TAHUN
- BACA: INILAH PENDAPATAN PELUMBA-PELUMBA F1 UNTUK TAHUN 2023 – PAKCIK KAYO