THE ROCK TAK MUAT PULA NAK MASUK PORSCHE TAYCAN. SADO SANGAT MAMAT NI
Sejak beberapa tahun lalu, pelakon terkenal Hollywodd Dwayne ‘The Rock’ Johnson berdepan kesukaran untuk memasuki kereta sport.
Terbaharu, bintang WWE ini menjalani penggambaran filem Red Notice dalam satu babak kejar-mengejar menggunakan jentera super sedan elektrik, Porsche Taycan.
Begitupun, selepas berbulan-bulan melakukan persiapan untuk filem berkenaan dan membawa kereta terbabit sehingga Amerika Syarikat (AS), The Rock tak muat nak masuk!!!
Melalui hantaran akaun Instagram rasmi milik The Rock, pelakon berbadan sado ini memaklumkan kepada 203 juta pengikutnya bahagian belakang yang lebar membuatkan dia tersangkut dan tidak dapat memasuki kenderaan dengan mudah.
Begitupun, selepas mengadakan perbincangan bersama pengarah filem terbabit, ia dapat diatasi dan penggambaran dilakukan dalam pendekatan lebih kreatif.
Adakah ia melibatkan jentera baharu? Nampaknya, kita perlu menunggu filem berkenaan ditayangkan Netflix pada tahun hadapan.
Porsche Taycan didatangkan dengan tiga varian iaitu Taycan Turbo S, Taycan Turbo dan Taycan 4S. – carscoops
- BACA: PORSCHE TAYCAN RASMI DILANCARKAN. 3 VARIAN, BERMULA RM725K
- BACA: TAYCAN SEMAKIN POPULAR. PORSCHE PINJAM 400 PEKERJA AUDI BANTU PRODUKSI
- BACA: PEUGEOT 208 RANGKUL ANUGERAH EUROPEAN CAR OF THE YEAR 2020 – TEWASKAN TESLA MODEL 3 DAN PORSCHE TAYCAN
- BACA: WILL SMITH – PEMANDU LYFT PALING BERGAYA DENGAN PORSCHE TAYCAN TURBO S