REPLIKA KERETA-KERETA F1 DALAM SENNA DI NETFLIX – 22 UNIT SEMUANYA BOH
Rasanya semua dah tahu yang kisah hidup bintang Formula Satu terkenal Ayrton Senna bakal muncul dalam drama bersiri di Netflix. Ia bertajuk Senna dan bakal ditayangkan hujung minggu ini. Ia bukan sahaja bakal menarik perhatian peminat Senna tapi juga komuniti peminat F1 secara keseluruhan.
Siri ini bukan hanya bergantung pada CGI semata-mata tapi ia lebih dari itu. Untuk menjadikan siri ini lebih nyata, penerbitan telah menyediakn bukan satu tapi 22 unit jentera replika seperti yang pernah digunakan Senna dan lawan-lawan beliau.
Netflix telah mendapatkan khidmat pembuat kereta sport Argentina, Crespi untuk menghasilkan replika-replika ini. Ia berdasarkan ukuran dan lakaran model sebenar. Setengahnya mempunyai chasis dengan panel badan yang boleh ditukar-tukar mengikut keperluan. Fuh dahsyat. Mana boleh filem lumba kereta tapi tak ada kereta kan?
Replika ini sudah tentu tidak selaju kereta-kereta sebenar tapi kena ingat untuk adegan perlumbaan sebenar itu pun memang agak mustahil tanpa teknologi janaan komputer.
Crespi membina kereta-kereta ini berdasarkan kelajuan yang ditetapkan oleh penerbit. Mereka kemudiannya membina kereta dengan enjin paling sesuai untuk membuatkannya kelihatan senyata mungkin dengan jentera sebenar.
Crespi merupakan sebuah syarikat milik yang sudah hampir 60 tahun berkecimpung dalam pembuatan kereta-kereta lumba. Mereka memanggil kembali kesemua ahli keluarga mereka untuk projek ini.
Pelbagai jentera yang pernah digunakan Senna dihasilkan kembali dari Formula Ford sehinggalah ke Formula Satu. Nampak macam mudah tapi bukan hanya rekaan badan dan enjin perlu diambil perhatian. Mereka juga perlu membuat pemilihan sistem suspensi dan brek.
Bukan itu sahaja mereka juga mempunyai bahagian khusus untuk bunyi sahaja. Ya, bunyi ekzos dan bunyi sama penting. Peminat sebenar akan tahu untuk membezakan bunyi kereta zaman tersebut dengan bunyi zaman moden. Percayalah bukan senang nak rekod semua bunyi ni, lebih-lebih lagi bunyi enjin.
Paling sukar sekali mestilah bila kereta-kereta ditersebut diletakkan di dalam litar untuk aksi perlumbaan sebenar. Namun hasilnya memang sangat-sangat memuaskan hati. Sekecil-kecil logo pada jentera ikonik Marlboro McLaren pun berjaya ditiru tanpa gagal.