Buletin

NETFLIX NAFI ADA DEAL DENGAN CARLOS GHOSN

Penyedia kandungan penstriman media terkenal, Netflix mengesahkan bahawa pihaknya tidak membuat sebarang perjanjian dengan bekas Ketua Nissan, Carlos Ghosn yang kini menjadi pelarian di Lubnan. 

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Netflix untuk menafikan laporan akhbar Perancis, Le Mondo yang memberitahu Ghosn telah menandatangani satu perjanjian eksklusif dengan Netflix beberapa bulan lalu.

Berita itu kemudian dilaporkan semula oleh beberapa agensi seperti HufPost France dan The Washington Post. 

Bloomberg dan Financial Times sebelum ini pernah bergurau yang kisah Ghosn kini sesuai untuk dijadikan sebuah thriller di saluran Netflix.   

Dalam perkembangan berkaitan, The New York Times melaporkan Ghosn ada berjumpa dengan seorang penerbit Hollywood, John Lesher untuk pembikinan sebuah filem yang menggambarkan perjalanan kerjayanya di Nissan.

Namun, perbincangan itu tidak sampai ke peringkat lebih serius.     

Google ads
Back to top button