Artikel Pilihan

PIMP MY RIDE AKAN KEMBALI – MUNGKIN TIDAK 100 PERATUS SAMA DENGAN VERSI ASAL

Kaki-kaki modifikasi kereta mesti ingat dengan rancangan Pimp My Ride yang pernah disiarkan di MTV satu ketika dahulu. Ia dihoskan oleh bintang rap dan pelakon Xzibit menunjukkan proses restorasi pelagai kenderaan yang kadang-kala memang tak pernah dilakukan.

Rancangan tersebut berjaya memupuk minat modifikasi kereta di kalangan remaja yang sebelumnya tiada minat langsung dengan budaya automotif. Ia disiarkan selama enam musim sebelum berakhir pada tahun 2007.

Kini satu lagi rancangan seumpamanya bakal disiarkan di Netflix dan dinamakan Resurrected Rides. Pada peringkat awal ia akan bersiaran sebanyak lapan episod bermula 24 Julai ini. Kali ini ia bakal dikemudikan actor dan bintang komedi Chris Redd dari rancangan Saturday Night Live. Beliau akan bergandingan dengan sekumpulan mekanik luar biasa yang bakal menukar kereta-kereta terpilih menjadi resurrected rides.

Walaupun mempunyai nama berbeza, konsep asal Pimp My Ride masih dikekalkan kerana menggunakan khidmat pembantu penerbit yang sama, Rick Hurvitz.

Nantikan sahaja modifikasi pelik-pelik yang bakal dikemukakan mereka. Kalau Pimp My Ride ada je penambahan pelbagai perkakas rumah ke dalam kereta terpilih seperti set karaoke, pawagam mini, dapur gas dan segala anika berdasarkan pekerjaan ataupun hobi pemilik.

Uniknya Pimp My Ride dulu ialah kerana mereka sentiasa memilih kereta-kereta yang tidak semengah untuk diberi nafas baharu. Kereta yang remuk, busuk, berbau dan berkarat merupakan mainan mereka. Rasanya tak pernah ada lagi rancangan seumpama itu pernah dihasilkan.

Jadi sama-sama kita tunggu Resurrected Rides yang bakal muncul dalm sebulan lagi.

Google ads
Back to top button