FERRARI PANGGIL KEMBALI 13 SF90 – MASALAH BEG UDARA PENUMPANG JEJAS KERUSI KANAK-KANAK
Di Amerika Syarikat, Ferrari baru sahaja mengumumkan kempen panggil semula melibatkan 13 unit supercar SF90 Stradale.
Kesemua pemilik yang terjejas diminta untuk menghantar kereta ke pusat pengedar bagi pemeriksaan beg udara sebelah penumpang yang disyaki boleh mengganggu tempat duduk kanak-kanak apabila ia meletus.
Para pemilik SF90 Stradale Coupe 2021-2023 dan SF90 Spider 2022 dinasihatkan supaya tidak memasang tempat duduk kanak-kanak sehingga kereta mereka diperiksa terlebih dahulu.
Menurut agensi National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), kesemua kereta yang terjejas gagal untuk mematuhi peraturan nombor 208 Federal Motor Vehicle Safety Standard, iaitu “Occupant Crash Protection”.
Para pemilik SF90 akan dihubungi oleh Ferrari bermula 30 April, dan diminta untuk menghantar kenderaan masing-masing untuk pemeriksaan selanjutnya. – NHTSA