Artikel Pilihan

KIA PANGGIL BALIK LEBIH 18000 STINGER AKIBAT KEGAGALAN PAM BAHAN API

Isu kerosakan pam bahan api membuatkan Kia Stinger keluaran 2018-2021 dipanggil balik untuk pemeriksaan dan penggantian pam bahan api baharu. Masalah yang berasal dari proses pengeluaran dikatakan bermula daripada pam bahan api dan berkemungkinan menyebabkan kereta hilang kuasa sewaktu dipandu di lebuh raya. Bahaya weh, tengah laju tiba-tiba hilang kuasa.

Namun, Kia dikira bernasib baik kerana tiada sebarang laporan kemalangan, kecederaan ataupun kematian yang berpunca dari masalah tersebut. Bagaimanapun untuk langkah keselamatan, mereka akan memanggil balik kesemua 18,224 Stinger yang dilengkapkan dengan enjin Theta II 2.0 liter untuk pemeriksaan.

Masalah ini dikesan seawal Mac tahun ini selepas mereka menyemak data penyelenggaraan dan didapati sejumlah besar tuntutan gantian pam bahan api tekanan tinggi telah  dilakukan di sekitar Amerika Syarikat. Siasatan dibuka dan punca masalah segera dikenal pasti.

Pam bahan api yang bermasalah dikumpul kembali dan mereka segera mengujinya pada bulan Jun 2023. Hasilnya jurutera Kia mendapati kemungkinan akan berlakunya kehilangan kuasa secara tiba-tiba pada kelajuan lebuhraya dan semestinya mengundang bahaya kepada penumpang dan pengguna jalan raya lain.

Kerosakan pama bahan api tersebut akan mengganggu campuran petrol dan udara sekaligus meghalang enjin bari berfungsi dengan lancar.

Setakat ini hanya 80 unit Stinger didapati mengalami masalah tersebut dan ianya hanya satu peratus daripada jumlah keseluruhan. Mereka bagaimanapun akan meneruskan pemeriksaan dan akan menggantikan pam tersebut dengan unit baharu jika diperlukan.

Kira terer juga la Kia ni sebab berjaya mengesan masalah sebelum ia menjadi lebih teruk. Tak boleh nak bayang la kalau tengah memecut untuk memotong di lebuh raya tiba-tiba enjin hilang kuasa. Naya Pak Abu.

Google ads
Back to top button