Buletin

NHTSA SIASAT SEMULA KES PECUTAN TESLA TIDAK DISENGAJAKAN DI US

Agensi National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) telah membuka semula kes siasatan berhubung insiden pecutan yang tidak disengajakan pada kenderaan Tesla selepas satu petisyen diterima oleh Pejabat Penyiasatan Kecacatan (ODI) baru-baru ini.

Siasatan ini melibatkan 1.8 juta unit kenderaan Tesla di Amerika Syarikat termasuklah Tesla Model S, Model X, Model 3 dan juga Model Y.

Petisyen terbaharu itu turut mempersoalkan kecacatan rekaan pada komponen inverter yang membenarkan arus elektrik berselang-seli yang lebih tinggi memasuki sistem elektrik 12 voltan yang dikatakan menghalang sistem diagnostik Tesla daripada berfungsi.

Situasi ini didakwa berkaitan dengan insiden pecutan yang tidak disengajakan dilaporkan oleh pemilik Tesla di Amerika Syarikat.

Namun, perkara tersebut dinafikan oleh sesetengah penggodam Tesla, di mana sistem yang dinyatakan tersebut tidak sama dengan apa yang digunakan oleh kereta Tesla.

Dalam hantaran di Twitter, beliau tidak percaya penurunan voltan mendadak pada sistem 12-Volt boleh menyebabkan ralat penentukuran yang boleh mencetuskan insiden pecutan yang tidak diingini.

Seorang lagi penggodam Tesla terkenal, Green (@greentheonly) percaya dakwaan tersebut sepatutnya mudah untuk dibuktikan oleh seseorang yang mempunyai pengawal penyongsang PCB (Papan litar bercetak) gantian. – InsideEVs

Google ads
Back to top button