Motosikal

MFORCE UMUM KEMPEN GANTI EKZOS QJMOTOR AX200S BESAR-BESARAN 

Sebagai tindakan proaktif bagi mengurangkan keresahan pemilik motosikal QJMotor AX200S, MForce Bike Holdings dengan rasminya mengumumkan kempen tukar ekzos skuter popular itu. 

Sebelum ini, MForce telah pun mengambil maklum keresahan pemilik dan mengumumkan panggilan semula (recall) AX200S. Terbaru, MForce telah pun memulakan proses penggantian ekzos secara besar-besaran selepas menerima penghantaran ribuan alat ganti tersebut baru-baru ini. 

Pemilik yang terjejas dengan recall ini boleh membuat semakan menerusi laman web khas dibangunkan MForce bagi kemudahan pengguna di https://productrecall.mforceservice.my/

Ketika MForce mengumumkan program ‘recall’ bagi AX200S melibatkan pertukaran ekzos rata-rata pengguna dan orang ramai menyambut baik inisiatif tersebut yang disifatkan sebagai bertanggungjawab. 

Kami difahamkan, beberapa kontena bersaiz besar telah tiba di kilang dengan kesemuanya dipenuhi dengan ribuan ekzos sahaja. Proses gantian ekzos ini adalah percuma dan tiada caj dikenakan terhadap alat ganti dan pemasangan. 

Dalam pada itu, keluaran baharu AX200S tidak terkesan dengan isu ekzos ekoran telah pun dinaik taraf dengan komponen yang dipertingkat. 

Google ads
Back to top button