Buletin

TESLA HANTAR DELIGASI KE INDONESIA BULAN DEPAN. BINCANG PELABURAN BEKALAN NIKEL

Tesla dilapor akan menghantar deligasi ke Indonesia bulan depan untuk berbincang tentang potensi pelaburan dalam rantaian bekalan kenderaan elektrik keluarannya.

Presiden Indonesia, Joko Widodo sebelum ini beberapa kali menyatakan tentang bekalan nikel yang dimiliki oleh republik berkenaan.

“Ini sangat penting kerana kami mempunyai rancangan untuk menjadikan Indonesia pengeluar bateri lithium terbesar dan kami ada banyak sumber itu,” kata Jokowi.

Jokowi serta Menteri Penyelaras Maritim dan Pelaburan Indonesia, Luhut Pandjaitan ada berbincang dengan Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk mengenai peluang pelaburan Tesla di Indonesia.

Bulan lalu, Luhut memberitahu Reuters bahawa wujud peluang terbaik buat syarikat-syarikat yang ingin melabur dalam pemprosesan nikel Indonesia bagi mengurangkan kos.

Musk pernah berkata dia merancang untuk menawarkan kontrak gergasi untuk tempoh yang lama, selagi nikel dilombong secara efisien dan tidak merosakkan alam sekitar.  

Indonesia sememangnya berminat untuk membangunkan rantaian bekalan nikel, mengekstrak bahan kimia bateri, menghasilkan bateri dan akhirnya membina kenderaan elektrik sendiri. – Reuters

Google ads
Back to top button