
SKYLINE GT-R BIRU BRIAN O’CONNER MENCARI PEMILIK BAHARU – ANDA RASA ANDA MAMPU?
Ingat lagi dengan R34 biru yang dipandu oleh Paul Walker dalam filem Fast & Furious 2009? Kini ia boleh menjadi milik anda (kalau mampu) kerana firma lelongan Bonhams baharu sahaja mengumumkan lelongan kereta bintang ini.

GT-R berwarna Bayside Blue ini bukan sahaja menjadi pilihan Walker untuk sequel file mini tetapi dimodifikasi sepenuhnya mengikut kehendak beliau. Mesti korang ingat adegan perlumbaan kereta ini di tengah kotaraya LA dengan Toyota Supra, Mazda RX-7 dan S2000. Korang ingat tak ni? Ke ingat awek kimoci yang pandu S2000 pink tu je?
Walker memang peminat sejati R34 dan memainkan peranan penting dalam penyediaan kereta ini untuk filem. Raja kereta JDM ini diimport ke AS dari Jepun oleh Kaizo Industries yang juga bertanggungjawab mengubahsuainya dengan penuh ketelitian.

Ia diimport sebagai kereta kit (GT-R tidak dipasarkan di AS) sebagai menepati standard ketat yang dikenakan oleh US Department of Transport. Ia kemudian diperkukuhkan lagi khususnya pada bahagian-bahagian tertentu casis dan tapak tali pinggang keledar.
Dengan bimbingan Walker, proses modifikasi dijalankan oleh Kaizo menurut permintaab beliau. Punyalah detail sampai foglight belakang asal berwarna merah pun Walker minta tukar ke warna putih.
Walaupun kereta ini adalah bintang perlumbaan jalanan (Ya, masa tu Fast & Furious masih berkisarkan perlumbaan jalanan), tapi yang peliknya kereta ni bersih daripada sebarang tampalan pelekat. Biar betul? Takkan pelekat kelab GT-R Mentakab pun tak ada? Pelekat konvo tahun 1990 pun tak ada ke? Memang tak ada sebab Walker sudah menegaskan yang beliau tidak suka memandu kereta yang penuh dengan pelekat macam member abang dalam kelab Alza sedunia. Peace Yo!

Gaya GT-R dilengkapkan lagi dengan pemasangan bumper Nismo Version II dan side skirt selain penutup hud East Bear dan rim sukan Volks Racing RE30 19 inci.
Berbeza dari Supra dari siri pertama Fast & Furious R34 ini bukan sekadar naiktaraf kosmetik. Ia dilengkapi dengan pelbagai aksesori untuk prestasi antaranya ialah intercooler front-mount Turbonetics, ekzos Nismo NE-1, roll-cage custom dan strut brace ARC. Kuasa keseluruhan R34 ini ialah sekitar 550 hp. Pergh.
Bukan itu sahaja ia kini mempunyai kawalan yang lebih baik dengan penggunaan spring Nismo. Kuasa henti kini dipertingkatkan dengan penggunaan brek Rotora denan angkup enam piston di hadapan dan empt piston di belakang.

Stereng asal digantikan dengan stereng Momo yang lebih mahal dengan kemasan Alcantara. Tempat duduk belakang turut dibuang untuk mengurangkan berat. Kini ia cuma mempunyai 2 tempat duduk. Bukan tempat duduk asal tetapi versi perlumbaan keluaran OMP custom dengan tali keledar lima titik perlumbaan. Tempat duduk ini pun dilaras supaya ideal dengan bentuk badan Paul Wlaker dan tidak pernah diubahsuai.
Walaupun nampak macam modifikasi perlumbaan tapi keselesaan tidak dilupakan. Ia mempunyai pemain audio Sony, paparan head up custom dan unit paparan MFD Xenarc yang deprogram supaya boeh bekerjasama dengan ECU R34 ini.
Ha, apa lagi kalau ada duit sila bida cepat-cepat. Nak pakai raya ni mungkin tak sempat tapi kalau raya tahun depan boleh kot.












