Advertorial

FORD RANGER 2022 NYATA BERKUASA, MILIKI KEMAMPUAN TEMPUHI JALAN RAYA DAN OFF-ROAD LEBIH BAIK

Sama ada penjimatan minyak atau perincian yang menjadi keutamaan pelanggan, sistem janaan kuasa yang dipilih untuk Ford Ranger generasi baharu akan memberi kebolehan dan prestasi terbaik kepada pemiliknya, ujar Pengurus Global Program Ranger dan Everest, Pritika Maharaj.

Sistem janaan kuasa untuk kerja, keluarga dan riadah

Ranger generasi baharu akan terus menawarkan pilihan enjin turbo tunggal dan Bi-Turbo 2.0  diesel empat silinder sebaris. Versi turbo tunggal menawarkan kuasa 170PS pada 3,500rpm dan tork maksimum 405Nm pada 1,750-2,500rpm.

Enjin 2.0 liter Bi-Turbo pula menawarkan 210PS pada 3,750rpm dan tork 500Nm pada 1,750-2,000rpm. Enjin itu juga memiliki sistem pintasan pintar yang akan menentukan mod operasi paling optimum dalam satu-satu keadaan. 

Ini bermakna, pengecas turbo boleh beroperasi secara bersiri (pada kelajuan enjin lebih rendah bagi meningkatkan tork dan memberi lebih maklum balas) atau turbo lebih kecil boleh dipintas untuk membolehkan pengecas turbo lebih besar menghasilkan kuasa lebih tinggi.

Sedia untuk berdepan laluan mencabar 

Penambahan 50mm untuk jejak tapak dan jarak antara roda Ranger meningkatkan lagi kestabilannya sama ada di jalan raya mahupun ketika off-road. Ia juga telah diberi penambahbaikan dari segi sudut menghampiri di depan kepada 30 darjah (daripada 28.5 darjah untuk model sebelumnya) dan sudut di belakang kepada 23 darjah (daripada 21 darjah bagi model sebelumnya). 

Sudut belakang itu tetap sama ketika palang tunda dipasang, hasil daripada kemas kini yang dibuat.

Selain peningkatan jejak tapak yang membantu meningkatkan lebar ruang belakang Ranger supaya pelbagai barang boleh dibawa, penyerap hentak belakang juga dialihkan sedikit ke arah luar gegelungnya. Ini menjadikan pemanduan lebih terkawal sama ada dengan penuh muatan atau tidak.

Tidak kira anda seorang tradisionalis atau pemandu yang inginkan lebih ketenangan di jalan raya, Ford menawarkan dua sistem pacuan empat roda untuk Ranger generasi baharu. 

Pacuan empat roda asas ialah sistem “separuh masa” dengan kotak pindah shift-on-the-fly elektronik dua kelajuan bersama mod operasi 2H, 4H dan 4L. Ranger turut menawarkan sistem pacuan empat roda on-demand (2H, 4A, 4H dan 4L) yang membolehkanya dipandu dengan pacuan empat roda untuk cengkaman lebih kuat menerusi mod 4A (automatik). 

Apabila sistem dipilih, ia secara berterusan mengagihkan kuasa di antara gandar depan dan belakang untuk prestasi optimum, tanpa mengira keadaan jalan raya.

Ranger 2022 terus menawarkan differential lock belakang (untuk varian WildTrak dan XLT Plus) yang boleh diaktifkan menerusi skrin SYNC4A®. Differential lock membolehkan kedua-dua roda pada mana-mana gandar untuk berpusing dengan kelajuan sama, memberikan cengkaman tambahan ketika pemanduan off-road.

Pilihan mod pemanduan 

Sebelum ini, hanya Ranger Raptor yang menawarkan pilihan mod pemanduan. Namun kini Ranger 2022 dilengkapi enam mod pemanduan, bergantung kepada varian. Mod yang ditawarkan ialah Normal, Eco, Tow/Haul, Slippery untuk jalan raya serta Mud/Ruts dan Sand untuk off-road

Mod-mod ini mengubah aspek penukaran gear, maklum balas pendikit, kawalan cengkaman, kestabilan, ABS dan sebagainya.

Trak pikap itu juga memiliki skrin off-road khusus dalam sistem infotainmen SYNC4A®. Dengan hanya menekan satu butang, pemilik boleh mengakses skrin off-road SYNC4A® yang menunjukkan tetapan differential lock dan kofigurasi pacuan, sudut kemudi roda, sudut roll and pitch, serta kamera depan dengan garis panduan.

Kebolehan berdasarkan keperluan

Untuk melindungi komponen penting ketika pemanduan off-road, Ranger dipasang dengan pelindung pada bahagian dalam stereng, takungan pelincir, kotak pindah dan transmisi. 

Perisai itu diperbuat daripada keluli yang dipotong dan ditempa dengan laser. Bolt pelindung turut dilindungi daripada kerosakan dan senang dikeluarkan untuk diservis. Memandangkan pelindung dipasang secara terus pada casis, ia meningkatkan lagi ketahanan struktur jentera pacuan empat roda ini.

Bumbung Ranger berupaya menampung berat sehingga 350 kg (statik) dan sehingga 85 kg (dinamik). Kemudahan pengurusan kargo di ruang muatan pula menjadikannya sebagai kenderaan serba boleh.

Ditambah dengan barisan aksesori selepas jualan seperti pasak boleh ubah di setiap sisi dan talam barangan boleh alih, ruang pengapit di pintu but serta ruang muatan dengan enam titik cangkuk berstruktur. 

Bergantung kepada varian dan pasaran, kapasiti penuh beban Ranger mencecah sehingga 1,000kg (1 tan). Seperti model sedia ada, Ford Ranger generasi baharu menawarkan kemampuan mengharung air sedalam 800mm pada kelajuan 7km/j.

Pengenalan eksklusif Ranger di Kuching dan Kota Kinabalu 

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia akan memperkenalkan Ranger generasi terbaharu di Kuching pada 7-11 September di Vivacity Megamall dan Suria Sabah Shopping Centre, Kota Kinabalu pada 5-9 Oktober.

Menjelang pelancarannya di bilik pameran, acara pratonton itu merupakan sebahagian daripada siri jelajah seluruh negara di lima kawasan. Ini termasuklah Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru melibatkan lima hujung minggu.

Berkunjunglah ke Vivacity Megamall di Kuching hari ini untuk mengalami sendiri pengenalan eksklusif Ranger generasi baharu.

Daftar di laman “Register” ini untuk mendapatkan jemputan eksklusif ke lokasi berdekatan anda.

Maklumat lanjut tentang Ranger generasi baharu, SDAC dan Ford, ikuti Ford Malaysia di FacebookInstagramTwitter dan YouTube channel atau layari www.sdacford.com.my.

Google ads
Back to top button