Motosikal

NAZA PREMIRA TIDAK LAGI PEGANG JENAMA VESPA MULAI 1 JAN 2020

Naza Premira Sdn. Bhd. semalam mengumumkan bahawa ia akan menamat operasi jenama Vespa berkuat kuasa pada 1 Januari 2020. 

“Sejak Julai lalu, Naza Group dan Piaggio Group sudah berbincang untuk menamatkan kerjasama.  Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Piaggio Group atas kerjasama yang terjalin selama sembilan tahun dan kami ucapkan selamat maju jaya dengan rakan baharu mereka.

“Kami akan terus fokus untuk mengukuhkan perniagaan utama termasuklah pengilangan dan operasi pengedaran automotif. Dengan dinamik perniagaan terus mengalami evolusi, kami perlu memberi perhatian kepada jenama yang menunjukkan prestasi memberangsangkan. 

“Apa yang lebih penting lagi, kami perlu kekal kompetitif dan relevan dalam pasaran yang pantas berubah berdasarkan kepada keperluan pengguna,” kata Pengerusi Eksekutif dan Pegawai Eksekutif Kumpulan Naza Corporation Holdings Sdn. Bhd., SM Nasarudin SM Nasimuddin.

Naza Premira bagaimanapun akan terus memberi perkhidmatan dari segi servis, alat ganti, jaminan dan perkhidmatan selepas jualan kepada para pelanggan Vespa menerusi beberapa pengedar sedia ada sehingga 31 Disember 2019. 

Google ads
Back to top button