Artikel PilihanModifikasi

FORD RAPTOR SUDAH ADA PEMANDUAN SEBELAH KANAN – TAPI HARGANYA YA RABBI…

Di negara-negara Asia, trak pikap bersaiz gergasi seperti Ford Raptor, Nissan Titan, Toyota Tundra dan Honda Ridgeline bukanlah satu pilihan. Selain saiznya yang sebesar lori simen, enjinnya juga menjadikan cukai jalan sangat mahal dan tidak berbaloi di beli. 

Jika anda rasa Ford Ranger Wildtrak sudah mahal, jangan tanya berapa harga sebuah Ford F-150 Raptor. Di negara kelahirannya sendiri di Amerika, sebuah Ford Raptor ini hampir sama dengan harga dua buah Ford Ranger biasa. Sebab itu ia payah untuk mendapat pasaran di negara yang mempunyai model lebih kecil seperti Hilux, Navara dan Dmax.

Tambahan pula, Ford memang tak pernah bina Raptor dengan stereng di sebelah kanan (RHD)

BACA: BAGAIMANAKAH ASAL USUL RHD DAN LHD?

Malah, Kereta-kereta Amerika memang kekal dengan stereng di sebelah kiri (LHD), kecuali untuk model khusus seperti Ford Mustang yang dieksport ke negara RHD seperti UK dan Malaysia.

Jadi adakah impian untuk memandu Raptor RHD hanya mimipi?

Tidak juga. Ini ada berita baik. Clive Sutton, pengedar kereta mewah dan pakar pengubahsuaian RHD dari UK telah memulakan projek modifikasi LHD kepada RHD khusus untuk model Ford Raptor.

Itu bermakna, ia boleh dibeli bila usianya genap setahun dan diimport masuk ke sini menerusi sistem AP kereta terpakai (recond).

Tapi ada satu hal lagi. Harganya tidak masuk akal langsung. 

Menurut Clive Sutton, harga jualan bagi model yang telah siap dengan sistem RHD ialah 106,800 GBP atau RM585,000. 

Selain itu, mereka juga menawarkan perkhidmatan mengubahsuai LHD kepada RHD bagi kenderaan sedia ada dengan bayaran 38,400 GBP atau RM210,000. RM210K untuk tukar stereng kanan? Adakah mereka syarikat Israel Yahudi?

Pun begitu, Clive Sutton membuat pengubahsuaian ini dengan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh badan keselamatan UK. Ia mengikut spesifikasi yang ditetapkan seperti pengesan kemalangan, beg udara, sistem elektrikal, lampu dan segala yang diperlukan untuk disahkan sebagai selamat dipandu sebagaimana kereta keluaran kilang.

Tapi sekali lagi.

RM585K untuk Ford Raptor. Kau nak beli ke?

Google ads
Back to top button