Buletin

TRAK PIKAP CHERY HIMLA –  DAH ADA MACAM2 AKSESORI

China sekarang dah bukan main-main bila buat SUV. Tapi kali ini mereka pergi lagi jauh dan mula nak main off-road pula. Seperti yang telah dilaporkan sebelum ini, Chery baru sahaja melancarkan trak pikap pertamanya yang diberi nama Himla. 

Nama itu sebenarnya mengambil inspirasi daripada gunung Himalaya. Kalau anda perhatikan betul-betul, rekaan luaran terutama di bahagian hadapan pula ada pengaruh model Ford Ranger Raptor.  

Semasa berkunjung ke acara Persidangan Perniagaan Antarabangsa Chery 2025 di ibu pejabat Chery di Wuhu, saya sempat mengorek sedikit sebanyak maklumat tentang Himla. 

Trak pikap global itu sebenarnya mensasarkan pasaran Asia, Asia Barat dan Amerika Latin. Ia dilihat mahu bersaing dalam segmen trak pikap dual-cab 1 tan yang kini dikuasai oleh model-model seperti Toyota Hilux, Isuzu DMAX, Mitsubishi Triton, Nissan Navara dan Ford Ranger. 

Bagi menawarkan lebih banyak pilihan kepada pengguna, Himla kini hadir bersama rangkaian kuasa petrol dan diesel seperti berikut: 

  • 2.3L turbodiesel empat silinder – 161hp, 420Nm
  • 2.4L petrol aspirasi biasa (NA) – 158hp, 230Nm

Kedua-dua varian tersebut dipadankan dengan pilihan transmisi manual 6-kelajuan atau automatik 8-kelajuan, serta konfigurasi 2WD dan 4WD bagi memberikan fleksibiliti kepada pengguna sama ada untuk kegunaan bandar, kerja berat atau pemanduan off-road.

Walaupun hanya enjin petrol dan diesel ditawarkan buat masa sekarang, Chery mengesahkan bahawa versi elektrifikasi untuk Himla sedang dalam pembangunan, termasuklah varian hibrid (HEV/PHEV) dan EV sepenuhnya.

Model yang anda boleh lihat ini menggunakan enjin 2.3 liter turbo diesel. Sama macam pengeluar trak pikap lain, Chery sudahpun menghasilkan banyak aksesori untuk Himla. Antaranya ialah spotlight LED pada bumbung, side step automatik, 

Khemah bumbung itu dibina menggunakan material komposit yang katanya lebih kukuh, selamat dan mampu mengurangkan rasa sejuk. Ia boleh dinaik dan disimpan dengan hanya menekan satu butang, selain cukup kukuh menempatkan sehingga lima orang dewasa pada satu-satu masa. 

Pelanggan boleh mendapatkan tangki air berkapasiti 50 liter lengkap bersama pancutan untuk mandi dan membersihkan kenderaan. Selain daripada itu, ada juga tandas boleh alih, khemah dan hammock untuk anda bersantai di hutan atau mana-mana sahaja lokasi kegemaran anda. 

Ruang kabin Himla dilengkapi paparan skrin besar pada konsol tengah, rekaan papan pemuka ringkas serta butang fizikal untuk sistem pendingin hawa.

Ruang konsol tengah pula dihuni oleh tombol gear berbentuk empat segi, dua ruang meletak botol minuman, pad pengecasan tanpa wayar, butang brek parkir elektrik dan rotari mode pacuan roda. Tempat duduk pula dibalut oleh perforated leather berwarna coklat terang untuk kelihatan lebih mewah.  

Chery turut memberi petunjuk bahawa ciri-ciri bantuan pemandu (ADAS) dan keselamatan pintar akan tersedia, sejajar dengan standard pasaran antarabangsa.

Setakat ini, masih belum pasti sama ada Himla akan tiba ke pasaran Malaysia atau sebaliknya. Tetapi kalau diikutkan logik dan perkembangan pasaran trak pikap tempatan, rasanya tiada keperluan untuk Chery menawarkan model ini. Korang fikir macam mana?

GALERI

Google ads
Back to top button