
RAM FAIL PATEN BAHARU UNTUK TRAK PIKAP – TAMBAH BARISAN TEMPAT DUDUK KETIGA BOLEH LIPAT
Tiga puluh tahun lalu, sedan dan wagon adalah pilihan utama sebagai kenderaan harian, namun hari ini ia berbeza kerana ada pelbagai pembaharuan bakal tersedia di pasaran.
Ram baru-baru ini telah memfailkan paten untuk barisan tempat duduk ketiga yang boleh dilipat keluar dari belakang kabin trak, membolehkan beberapa penumpang tambahan duduk di bahagian belakang.
Adakah ini perlu? Adakah kita memerlukan ini? Mengapa tidak tambah barisan tempat duduk keempat atau tempat duduk di bahagian belakang seperti Subaru Brat?

Dahulu, trak pikap mempunyai dua pintu, tempat duduk bangku dan trak adalah mesin kerja yang direka untuk mengangkut barang.
Tetapi kini, trak pikap dibina lebih besar dan mudah dipandu untuk mereka yang tinggal di pinggir bandar, bukan lagi sekadar mengangkut barang.
Ram pertama kali memperkenalkan inovasi tempat duduk baharu ini dalam konsep elektrik REVolution di CES tahun lepas.

Nampaknya Ram sedang mengembangkan sepasang tempat duduk belakang vestigial yang hanya ada apabila diperlukan.
Bukan itu sahaja, dinding belakang trak juga berfungsi sebagai mid-gate yang boleh dibuka untuk mencipta kawasan kargo lebih besar.
Ini memberi anda pilihan untuk mengangkut barang atau orang, menjadikan trak lebih serbaguna.
Walau bagaimanapun, tempat duduk “barisan ketiga” ini mungkin tidak begitu selesa, dan mungkin hanya sesuai digunakan untuk perjalanan pendek sahaja.
- BACA: HONDA YE S7 DIPERKENALKAN DI CHINA – BAKAL LANCAR HUJUNG TAHUN INI
- BACA: MERCEDES-BENZ BANGUNKAN KILANG PEMPROSESAN BATERI YANG BAHARU
- BACA: HANYA SATU DARIPADA TUJUH PENGELUAR EV CHINA MAMPU CATAT KEUNTUNGAN MENJELANG 2030 – PENGANALISIS
- BACA: SELEPAS 13 TAHUN, TOYOTA HENTI JUALAN YARIS HATCHBACK DI VIETNAM