Artikel PilihanModifikasi

PETANI INI BINA SEBUAH LAMBORGHINI AVENTADOR DENGAN ENJIN MOTOSIKAL

Ia sebuah kereta idaman ramai. Ia kereta supercar yang menggambarkan status pemiliknya. Lamborghini Aventador merupakan modernisasi Lamborghini SPA yang paling drastik sejak Countach dan Diablo.

Tapi sudah tentu, dengan harga berjuta-juta Ringgit, hanya sebilangan kecil sahaja yang mampu memilikinya dan itulah harga yang perlu dibayar untuk mendapatkan supercar eksotik Itali.

Pun begitu, ada cara lain yang lebih murah. Maksud kami jauh lebih murah iaitu membuat sendiri Lamborghini Aventador di belakang rumah anda dengan menggunakan peralatan terpakai dan sedikit kreativiti. 

BACA: POLIS SERBU BENGKEL LAMBO PALSU

Petani dari Thailand ini membuktikan bahawa rakyat negara mereka memenag kreatif. Menukar jantina mungkin terlalu biasa, jadi mereka membuat sebuah Lamborghini Aventador dengan menggunakan enjin motosikal satu selinder.

Ya. Ia mungkin Lamborghini paling kecil di dunia.

Ia bukan dibuat setakat meniru rupabentuk, tetapi juga bahagian mekanikal seperti pelaras spoiler belakang, bumbung, ducting udara di bahagian tepi malah penutup bahanapi juga direplika dengan sistem motor sebagaimana model asli

Jadi, tunggu apa lagi?

Kalau kau ada mesin rumput, mari kita sama-sama usahakan modified jadi Ferrari Aperta!

 

Google ads
Back to top button