Buletin

GADIS REMAJA MEMANDU SAMBIL MENUTUP MATA KERANA TERPENGARUH CABARAN BIRD BOX

SHARE
New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Kalau anda ada melanggan perkhidmatan kandungan televisyen Netflix, pasti anda tahu bahawa siri thriller Bird Box memang trending sekarang.

Lakonan aktres popular Sandra Bullock itu nyata memberi impak besar sehingga timbul beberapa insiden kerana hendak meniru adegan di dalam siri tersebut. Walaupun Netflix sudahpun memberi amaran tentang bahawa meniru aksi begitu, nampaknya ia masih tidak diendahkan.   

Terkini, seorang gadis berusia 17 tahun terlibat dalam kemalangan jalan raya kerana membuat cabaran Bird Box dengan menutup mata ketika memandu! Berasal dari Layton, Utah, dia yang memandu sebuah Honda HR-V melanggar sebuah trak pikap dalam cuaca bersalji.  

Ini bukanlah kali pertama cabaran yang direka kerana terpengaruh dengan program televisyen dibuat. Sebelum ini, terdapat laporan di mana seorang wanita hampir terbakar, budak lelaki melanggar perabot berulang kali dengan basikal tiga roda dan kanak-kanak yang ditutup mata melanggar dinding. 

Tetapi, kemalangan kali ini lebih serius. Menurut Leftenan Travis Lyman dari Jabatan Polis Layton, pemandu wanita itu turut ditemani oleh beberapa orang rakannya. 

“Cabaran Bird Box ketika memandu… akibat yang sudah boleh dijangka. Insiden ini berlaku pada Isnin kerana pemandu menutup mata ketika memandi di Layton Parkway. Mujur tiada kecederaan.” 

Kami harap tidak ada pemandu atau penunggang di Malaysia yang hendak meniru aksi bodoh ini.   

Tags
Google ads
Back to top button