Buletin

KOS TUKAR UNIT KIPAS PENYEJUK LAMBORGHINI AVENTADOR RM47K – MUJUR ADA WARRANTYWISE UK

Syarikat pengendali jaminan lanjutan kenderaan terkemuka UK, warrantywise.co.uk baru-baru ini mendedahkan perincian bil penyelenggaraan paling mahal untuk tahun 2018.

Senarai 10 bil penyelenggaraan paling tinggi itu bermula dari £5,009 (RM26,400).

Pembaikan seunit motor kipas penyejuk Lamborghini Aventador mengungguli carta apabila mencatat bil setinggi £8,928 (RM47,050) yang dibayar oleh Warrantywise. 

Untuk makluman, Warrantywise menyediakan jaminan lanjutan kenderaan ke atas semua jenis dan model kereta, tanpa mengira berapa kos penyelenggaraannya. 

Sehingga kini, ia sudah berjaya menjual sehingga 400,000 jaminan dan membayar 84 peratus tuntutan penuh. 

Senarai teratas melibatkan kereta daripada jenama-jenama popular dengan kebanyakannya melibatkan jaminan ke atas pembaikan komponen utama seperti kotak gear, enjin dan kipas penyejuk.  

Bayaran kedua dan ketiga tertinggi pada tahun 2018 melibatkan model Porsche 911 Carrera 2 dan enjin sebuah Audi A1. Kos yang dikenakan adalah sebanyak £8,709 (RM45,838) dan £6,254 (RM32,916). 

Kos bulanan yang dikenakan oleh Warrantywise ialah hanya £64 (RM337) untuk Porsche 911 Carrera 2 dan £38 (RM200) bagi A1. Ini membuktikan bahawa bayaran bulanan jaminan lanjutan jauh lebih murah berbanding kos pembaikan sebenar. 

Data Warrantywise juga menunjukkan bahawa pembaikan kecil juga boleh jadi begitu mahal. Sebagai contoh, pembaikan sistem bahan api pada Skoda Yeti menelan kos sehingga £5,084 (RM26,748).

Manakala kos membaiki differential pada Nissan X-Trail boleh mencecah sehingga £5,009 (RM26,360).

“Jika kereta anda rosak, bil yang perlu dibayar biasanya memang mahal. Ia tidak terhad kepada supercar sahaja. Malah jenama seperti Nisaan, Mercedes dan Skoda juga kadang-kala memerlukan anda membayar wang yang besar.

“Jadi, kami menyediakan perkhidmatan yang boleh meringankan beban anda apabila terpaksa membayar bil penyelenggaraan yang tinggi,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Warrantywise, Lawrence Whittaker. 

Tags
Google ads
Back to top button