Artikel Pilihan

CITROEN e-MEHARI – SEBUAH EV YANG MERIANGKAN PUN

Kita kini kerap disajikan dengan kenderaan elektrik (EV) dengan rekaan yang tipikal. Payah juga nak dapat tengok EV yang kelihatan rugged dan ranggi tapi dalam masa yang sama cukup meriangkan. Kecuali, EV buatan China, ada yang sesetengahnya masih boleh diterima akal walau pun ada juga segelintir yang cukup untuk membuatkan kita mencarut berbakul.

BACA : MODEL LSEV CHINA YANG MENGUJI IMAN KITA

BACA : PRESIDEN JOKOWI MENCUBA KERETA ELEKTRIK EZZY II

Citroen selaku pembuat kereta terkemuka Eropah yang sebelum ini selalu hadir dengan rekaan kereta yang kelihatan moden, Kali ini mereka menampilkan sebuah EV dengan rekaan yang tidak membosankan. Rugged. Ranggi. Dan meriangkan pun. Hangpa semua pun pasti bersetuju apabila melihatkan rekaan Citroen e-Mehari ini. Rekaan yang segar sebegini pasti amat sesuai untuk dipandu oleh golongan anak muda yang ingin ke kolej sambil menjaga alam sekitar.

Sebagai sebuah SUV Cabriolet EV untuk lebih tepat, sudah tentu penampilan luarannya mampu menambat sejuk mata yang memandang. Apatah lagi zaman sekarang ini adalah musim SUV.   Barangkali, ini adalah kesinambungan kepada sebuah versi asal SUV kompak milik Citroen, Mehari yang pernah dikeluarkan antara tahun 1968 hingga 1988. Jadinya, untuk zaman moden ini, selayaknya Citroen mengeluarkannya semula, tapi dengan versi yang lebih selari dengan peredaran zaman.

Citroen e-Mehari ni menggunakan bateri terkini 30 kWh Lithium Metal Polymer (LMP) yang telah diuji penggunaan sehingga ke 150 juta kilometer penggunaannya bagi memastikan ketahanannya. Ianya mampu bergerak sejauh 200 km. Namun, bagi memastikan ianya terus meriangkanm SUV ianya turut mampu memecut sehingga ke 100 km/j untuk kelajuan maksimum. Terima kasih kepada peningkatan kuasa motor sehingga 20% kepada tork 166 Nm @ 3,700 rpm. Bukan setakat laju, tak ada pencemaran bunyi mahu pun udara ok!

Manakala dari segi aspek keselamatan juga tidak dipandang mudah oleh pereke e-Mehari ini. Kelengkapan seperti ABS, ESC, empat beg udara, sensor tekanan tayar dan juga amaran pejalan kaki. ISOFIX pun turut tersedia di tempat duduk belakang. Dengan kelengkapan sebegini, bolehlah nak score Tiga Bintang untuk ujian EuroNCAP.

Bahagian dalamannya pula menampilkan reknaan yang minimalis orang kata. Tapi masih lagi praktikal. Cukup untuk memuatkan empat anak muda dengan cukup selesa. Paparan mengenai tahap ketahanan bateri pula diposisikan di tengah konsol.

Citroen e-Mehari serba baharu ini boleh dibeli dengan harga bermula €19,500 sahaja. Kira agak murahlah jugalah kan. Tapi kalau convert duit kita, boleh tahan merepek juga mahal dia kan?

Google ads

B K

Back to top button