Buletin

GEELY EMGRAND TERJUAL LEBIH 4 JUTA UNIT!

Geely Auto meraikan pencapaian jualan global Geely Emgrand yang telah melebihi 4 juta unit pada Jun 2025. Seperti sedia maklum, Proton S70 merupakan kembar kepada Emgrand namun telah menjalani beberapa perubahan bagi menepati selera dan keperluan pasaran tempatan.

Pencapaian penting ini menonjolkan populariti Emgrand yang berterusan, mutu yang baik, dan kepercayaan pasaran yang kukuh di pelbagai rantau.

Dibangunkan bagi memenuhi keperluan pengguna global yang sentiasa berkembang, Emgrand menggabungkan harga mampu milik dengan ciri-ciri canggih, menjadikannya pilihan popular dalam pasaran sedan yang kompetitif.

Emgrand generasi pertama dilancarkan pada tahun 2009 dan model terpantas dari China yang mencapai angka jualan 1 juta unit pada tahun 2016.

Emgrand terus mencatat rekod dengan melepasi 2 juta jualan pada tahun 2018 dan 3 juta pada tahun 2020 dan mengukuhkan kedudukannya yang unggul dalam segmen sedan.

Sebagai model pertama yang dijual di luar negara, Emgrand mempamerkan jualan yang kukuh di lebih 25 negara dan rantau dengan prestasi memberangsangkan di Timur Tengah dan Amerika Latin.

Dari Januari 2025 hingga April 2025, data jualan menunjukkan Emgrand menduduki tempat tiga teratas sedan China di 11 negara termasuk Mexico, UAE, Arab Saudi, Kazakhstan, Filipina, dan lain-lain.

Pencapaian Pengeluaran

Pada Mei 2025, unit ke-4 juta Emgrand dihasilkan di kilang Zhejiang Huzhou Changxing dan satu lagi pencapaian bersejarah buat Geely Auto.

Sebagai model global, Emgrand juga telah meningkatkan pengeluaran di luar negara.

Pada Februari 2025, Emgrand pertama yang dipasang secara tempatan telah dihasilkan di kilang BAMC di Mesir dan disaksikan sendiri oleh Perdana Menteri Mesir, Mostafa Madbouly.

BMA dan Kekuatan 

Dibina dari platform BMA yang canggih, kemampuan keseluruhan Geely Emgrand dipertingkatkan dengan ketara, memastikan ia luas, selamat, dan stabil.

Ketegaran torsi badan yang tinggi iaitu 20,000 N·m/deg menyumbang kepada kestabilan dan keselamatan yang cemerlang, manakala enam beg udara termasuk tirai udara sisi dan sistem kawalan penstabilan elektronik Bosch 9.3 ESP menawarkan perlindungan yang baik untuk semua penumpang.

Google ads
Back to top button