
GEELY UMUM JENAMA BAHARU, CAO CAO AUTOMOBILE – FOKUS RIDE-HAILING
Geely bakal mengumumkan jenama baharu Cao Cao Automobile pada 29 Mac ini dengan keluaran pertama digelar sebagai Cao Cao 60.
Menurut media tempatan Smart Connect, jenama baharu Geely itu akan menumpukan pada pengeluaran kenderaan khas.
Sebelum ini, Cao Cao Mobility menggunakan EV daripada Ruilan Auto dan Geometry. Untuk rekod, Cao Cao mobility telah pun membuat perjanjian dengan Ruilan pada April 2022.

Ruilan Auto merupakan usaha sama di antara Lifan dan Geely. Ia adalah pembuat kereta yang kini menumpukan pada EV dengan bateri boleh tukar.
Pada September tahun lalu, Cao Cao Mobility dan unit pemanduan autonomi Geely memulakan kerjasama dalam projek robotaxi untuk mencipta platform pemanduan kendiri.
Menurut Geely, Cao Cao Mobility ialah platform ride-hailing yang memberi tumpuan kepada kenderaan tenaga baharu (EV + PHEV) dan merupakan yang pertama di China. Mereka juga menawarkan perkhidmatan penyewaan kereta di lebih 62 bandar termasuk Beijing, Shanghai serta Guangzhou.
Geely Holding mempunyai banyak jenama, termasuk Lotus, Volvo, Zeekr, Lynk & Co, dan sebagainya.
Dalam perkembangan berkaitan, Geely mengumumkan satu lagi siri Galaxy, di mana tujuh model baharu akan dilancarkan dalam tempoh dua tahun akan datang.
- BACA: INILAH GEELY BOYUE COOL, BAKAL DILANCARKAN SECARA RASMI SEPARUH PERTAMA 2023
- BACA: SAUDI ARAMCO BAKAL HASILKAN ENJIN ICE, HIBRID, PHEV DENGAN RENAULT DAN GEELY
- BACA: GEELY NAFI TIRU REKA BENTUK KERETA CHANGAN AUTOMOBILE – TUDUHAN TAK BERASAS DAN MENGELIRUKAN
- BACA: GEELY LANCAR SUV PHEV GALAXY L7 DAN MODEL KONSEP EV – GALAXY LIGHT