Buletin

GEELY LANCAR SUV PHEV GALAXY L7 DAN MODEL KONSEP EV – GALAXY LIGHT

Geely Auto telah melancarkan secara rasmi siri produk elektrik mewah baharu, Geely Galaxy pada acara perdana di Hangzhou.

Pada acara itu, Geely memperkenalkan kereta pertama dari rangkaian Geely Galaxy, SUV PHEV jarak jauh iaitu Galaxy L7. Turut diperkenalkan ialah model konsep elektrik sepenuhnya, Galaxy Light.

Mengikut perancangan Geely, Galaxy dijangka mempunyai tujuh model kenderaan baharu dalam tempoh dua tahun akan datang.

Daripada tujuh produk baharu yang dirancang itu, empat ialah model elektrik hibrid jarak jauh termasuk SUV Galaxy L7 dan sedan L6.

Menurut Geely, SUV Galaxy L7 serta sedan L6 akan memulakan penghantaran pada suku kedua dan ketiga 2023. Sementara tiga model di bawah rangkaian galaksi E tulen, termasuk Galaxy E8 dijadual dihantar pada suku keempat 2023.

Geely Auto turut memperkenalkan pelbagai teknologi elektrik termaju termasuk sistem keselamatan bateri Aegis baharu, rangkaian kuasa NordThor Hybrid 8848 dan sistem pengendalian kenderaan pintar terkini, Galaxy N-OS.

Siri Galaxy akan menggunakan sistem keselamatan bateri Aegis Geely yang menawarkan tahap tertinggi dari segi perlindungan pengguna sepanjang jangka hayat unit bateri, selain dimuatkan dengan ciri-ciri fungsi pemanduan pintar.

Namun, setakat ini Geely tidak mendedahkan sebarang penawaran model Galaxy di luar China.

Google ads
Back to top button