
GEELY NAFI TIRU REKA BENTUK KERETA CHANGAN AUTOMOBILE – TUDUHAN TAK BERASAS DAN MENGELIRUKAN
Beberapa hari selepas mengumumkan prototaip coupe Galaxy Light, peguam Changan Automobile bertindak menghantar surat kepada Geely Holding menyatakan bahawa model prototaip itu telah melanggar hak cipta.
Menerusi surat daripada peguam Changan Mobile, mereka mendakwa bahawa “selepas perbandingan, didapati prototaip Geely mempunyai banyak persamaan dengan kereta konsep Changan Automobile dan disyaki melanggar hak harta intelek Changan Automobile.”
Geely bagaimanapun menafikan perkara tersebut dan menyatakan surat dari Changan Automobile itu tidak tepat.

Menurut Geely Holding, “tuduhan terhadap syarikat kami adalah tidak berasas dan mengelirukan orang ramai.”
Di manakah jalan keluar untuk isu ini? Jawapannya terletak pada faktor Chen Zhengcheng.
Chen Zhengcheng ialah Naib Presiden reka bentuk di Geely Automobile yang pernah bekerja selama hampir 20 tahun di Changan Automobile sebelum menyertai Geely pada Mac 2022.
Di Changan Automobile, beliau bertanggungjawab mereka bentuk beberapa model termasuk siri Changan Eado, Raeton dan UNI.

Walau bagaimanapun, ini bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana syarikat sanggup membelanjakan banyak wang untuk memastikan reka bentuk mereka menonjol.
Geely sebelum ini pernah menggunakan khidmat bekas ketua pereka Bentley, Stefan Sielaff dan bekas pereka Volvo, Peter Horbury yang kini berkhidmat sebagai Naib Presiden Kanan reka bentuk Geely.
Selain Geely, Great Wall Motor juga membawa masuk pereka terkenal iaitu Pierre Leclerc dari BMW untuk mengetuai reka bentuk jenama WEY mereka atau Chery yang menggunakan kudrat bekas pereka dari Porsche, Hakan Saracoglu.
Maka, tidak pelik kontroversi kalau boleh timbul apabila pereka dituduh melakukan plagiarisme oleh bekas majikan mereka.
- BACA: GEELY LANCAR SUV PHEV GALAXY L7 DAN MODEL KONSEP EV – GALAXY LIGHT
- BACA: GEELY, HONDA, VW DAN LAND ROVER JALIN KERJASAMA DENGAN ALIBABA GROUP HOLDING DAN KERAJAAN. ATASI MASALAH ALAT GANTI TIRUAN DI CHINA
- BACA: GEELY DAN RENAULT RANCANG TUBUH SYARIKAT, DIJANGKA BEKAL ENJIN KEPADA PROTON!
- BACA: KISAH ‘V PLAN’ PEMILIK GEELY, LI SHUFU. JAWAPAN ‘I LOVE U’, BOLEHKAN DIA BELI VOLVO






