Buletin

TEMPAHAN NISSAN GT-R 2024 KINI DIBUKA DI JEPUN – BERMULA RM463K

Nissan GT-R 2024 kini boleh ditempah di pasaran Jepun. Jika melihat kepada sambutan, model itu masih popular meskipun kemaskini dilakukan terhadap GT-R 2024 agak kecil.

Nissan GT-R 2024 akan dijual dalam beberapa edisi iaitu Pure Edition, Black Edition, Premium Edition, Premium Edition T-Spec serta Track Edition.

Untuk makluman, semua model ini akan dikeluarkan secara terhad namun setakat ini, Nissan masih belum mendedahkan jumlah yang bakal dibina.

Perincian harga di Jepun bagi setiap edisi adalah seperti berikut:

  • Pure Edition: AS$104,788 (RM463,791)
  • Black Edition: AS$116,982 (RM517,762)
  • Premium Edition: AS$113,095 (RM500,558)
  • Premium Edition T-Spec: AS$144,490 (RM639,512)
  • Track Edition (direka oleh Nismo): AS$134,510 (RM595,341)
  • Track Edition (direka oleh Nismo T-Spec): AS$218,341 (RM966,377)
  • GT-R Nismo: AS$222,152 (RM983,244)

Nissan GT-R 2024 dijana oleh enjin pengecas turbo berkembar V6 3.8 liter yang mampu menghamburkan kuasa 565hp dan tork 623Nm.

Enjin itu dipadankan bersama transmisi klac berkembar enam kelajuan dan kuasa dihantar ke keempat-empat roda.

Google ads
Back to top button