
INILAH GEELY BOYUE COOL. 1.5L TURBO, STERENG ANTI-BAKTERIA, LANCAR 1H 2023
Geely mengumumkan SUV kompak baharu di bawah siri Boyue iaitu Geely Boyue Cool yang boleh di pra-tempah mulai awal April depan dan dilancarkan secara rasmi separuh pertama tahun ini.
Bertemakan ‘Creative, Opening, Outdare dan Love’, Boyue Cool disasarkan buat pelanggan muda. SUV itu hadir gaya dengan bahasa reka bentuk Geely ‘Starburst Vision’ serta mempunyai sunroof.
Bahagian hadapan dilengkapi gril besar bersama kemasan grid hitam, selain digabungkan dengan sepasang lampu nyalaan siang LED.

Bahagian belakang pula disesuaikan dengan susun atur ekzos berkembar di sisi kiri-kanan. Manakala lampu belakang menggunakan lampu jenis through-type bersama lampu berbentuk Y.
Sebagai SUV kompak, dimensi Boyue Cool ialah 4,510mm panjang, 1,865mm tinggi, 1,650mm lebar, sementara jarak roda ialah 2,701mm. Melihat dari arah sisi, ia diserlahkan dengan rim dua tona lima jejari.

Dari segi kuasa, Boyue Cool dipacu oleh enjin empat silinder 1.5TD yang dibangunkan bersama oleh Volvo dan Geely. Enjin itu berupaya menghasilkan 151hp dan dipadankan dengan transmisi DCT-7 kelajuan.
Geely bagaimanapun masih belum mendedahkan butiran kabin SUV berkenaan. Tetapi Geely mendakwa Boyue Cool akan memperkenalkan konsep ‘digital interactive cockpit’ yang terdiri daripada panel instrumen LCD penuh, skrin kawalan pusat bersaiz besar dan stereng anti-bakteria.
- BACA: GEELY BOYUE L – RUPA MACAM CADILLAC, LEBIH BESAR DARIPADA X70, BERMULA RM78K SAHAJA DI CHINA
- BACA: GEELY BOYUE X 2021. KONSEP REKAAN VISION STARBURST, RUANG KABIN LEBIH PREMIUM
- BACA: PANDU UJI: GEELY BOYUE – KENAPA SUV INI BEGITU MEYAKINKAN?
- BACA: INILAH WAJAH SUV PERTAMA PROTON – GEELY BOYUE BUAT PENAMPILAN SULUNG DI MALAYSIA









