
SAUDI ARAMCO BAKAL HASILKAN ENJIN ICE, HIBRID, PHEV DENGAN RENAULT DAN GEELY
Saudi Aramco bakal menandatangani perjanjian bersama Renault dan Geely Holding Group untuk memperoleh pegangan minoriti serta bekerjasama menghasilkan enjin pembakaran dalaman.
Usaha baharu itu akan membantu Saudi Aramco berkembang dalam industri yang sedang mengalami perubahan ke arah masa depan berkuasa bateri.
Renault dan Geely, bagaimanapun akan mengekalkan pegangan ekuiti yang sama dalam projek baharu itu untuk membangunkan enjin pembakaran dalaman serta teknologi rangkaian kuasa hibrid.

Pelaburan Saudi Aramco pula akan menyokong dari segi penyelidikan, pembangunan bahan api sintetik dan teknologi hidrogen generasi akan datang.
Walaupun jualan kenderaan elektrik sepenuhnya semakin meningkat, enjin pembakaran dan kereta hibrid plug-in masih akan mendapat permintaan untuk tahun-tahun akan datang, terutamanya di negara membangun.
Dalam perkembangan berkaitan, syarikat Saudi Aramco turut berusaha untuk membangunkan teknologi yang boleh mengurangkan pelepasan emisi dan meningkatkan kecekapan bahan api.
Dibawah perjanjian Renault-Geely, syarikat baharu itu akan mempunyai jumlah 17 kilang trenkuasa di tiga buah negara.
Mereka menyasarkan produksi lebih 5 juta unit enjin ICE, hibrid serta plug-in hybrid untuk dipasarkan kepada lebih 130 buah negara. Portfolio itu bakal merangkumi sehingga 80 peratus pasaran enjin pembakaran dalaman di peringkat global. – Free Malaysia Today
- BACA: HARGA MINYAK DUNIA MELONJAK, SAUDI ARAMCO KINI BERNILAI RM10.6 TRILION
- BACA: ARAB SAUDI ARAH ARAMCO KURANGKAN PRODUKSI MINYAK KEPADA 7.5 JUTA TONG SEHARI
- BACA: GEELY DAN RENAULT RANCANG TUBUH SYARIKAT, DIJANGKA BEKAL ENJIN KEPADA PROTON!
- BACA: NISSAN MAHUKAN KEADILAN DALAM RUNDINGAN RENAULT-GEELY