Buletin

GENG TRAK TUNDA BANTU MANGSA BANJIR LUMPUR DI YAN. BAYARAN SEIKHLAS HATI

Gabungan kumpulan trak penunda dari negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perlis bekerjasama untuk turun padang membantu menunda serta menarik 60 kereta penduduk secara percuma di sekitar pekan ini, Yan yang terjejas teruk akibat banjir lumpur, baru-baru ini.

Wakil kumpulan itu, Muhamad Ayman Joshua, 35, berkata, mereka bersepakat untuk membantu pemilik kenderaan yang terjejas dalam tragedi kepala air itu secara sukarela tanpa mengenakan bayaran. Tujuan mereka bukan untuk publisiti, tetapi hanya untuk sekadar membantu disebabkan bencana yang menimpa penduduk di kawasan itu.

Ada kereta yang terlekat dalam lumpur. Maka bantuan tersebut amat penting untuk menarik keluar kenderaan sebelum menghantarnya ke bengkel berhampiran.

“Jika sebelum ini upah biasa yang dikenakan untuk menarik kereta di kawasan lumpur, kami mengenakan bayaran sekitar RM100 hingga RM150 untuk sebuah kereta bergantung pada keadaan.

“Namun, dalam tempoh dua hari bermula kelmarin, kami kumpulan tarik kereta dari tiga negeri (Kedah, Pulau Pinang dan Perlis) ini membantu penduduk secara sukarela kerana simpati dengan nasib yang menimpa mereka,” kata Ayman. 

Bagaimanapun bayaran minimum terpaksa dikenakan jika pemilik kenderaan meminta untuk menghantar kereta mereka jauh dari daerah Yan. Namun ia bergantung pada kemampuan mereka. Sekiranya pemilik kereta itu beri RM20 atau RM30 itu sudah memadai untuk mereka menjalankan tugas.

“Kalau tunda kenderaan dari kawasan kejadian banjir lumpur ke bengkel berhampiran, kita tak caj apa-apa bayaran. Tetapi   kalau jauh sikit, kita ambillah bayaran sikit, ikut mereka nak bagi berapa.

“Pada hari pertama kelmarin, kami berjaya menarik 20 buah kereta di kawasan lumpur. Sepanjang hari kedua pula, kita tarik 40 kereta dari pagi sehingga selesai,” katanya lagi. – Harian Metro 

Google ads
Back to top button