Buletin

KAMPUNG ‘KNIGHTSBRIDGE OF THE NORTH’ DIBANJIRI JENTERA MEWAH

Sebuah kampung di Cheshire, England diberi jolokan Knightsbridge of the North kerana jentera supercar mewah menguasai jalan-jalan kawasan terbabit.

Jentera seperti Lamborghini, Bugatti, McLaren dan beberapa lagi kereta vintaj edisi terhad bernilai jutaan pound memenuhi jalan-jalan di kejiranan Alderly Edge apabila penduduknya ghairah mempamerkan kekayaan mereka.

Kawasan kejiranan itu kini menjadi tarikan peminat kereta mewah dari luar yang akan datang pada hujung minggu untuk melihat deretan kenderaan mengagumkan itu.

Pada satu tengah hari, jentera rare model Jaguar E Type berwarna perak berharga £1 juta (RM5.8 juta) dapat disaksikan khalak umum.

Selain itu, kelihatan sebuah Lamborghini Aventador berharga £200,000 (RM1.16 juta) dan sebuah Ferrari Pista Spider berharga £250,000 (RM1.4 juta) melalui kawasan sekitar.

Orang ramai juga sudah berhenti merakam gambar Bentley dan Rolls Royce kerana sudah terlalu kerap dilihat di situ.

Nama Knightsbridge of the North itu diambil bersempena kawasan kediaman di London yang cukup terkenal dengan kedai barangan berjenama serta gaya hidup mewah penduduknya.

Seorang peminat kenderaan mewah, Jordan Belsham, 23, berkata dia merupakan antara individu pertama yang menyedari Alderly Edge dipenuhi dengan kenderaan mewah.

Belsham kemudian memuat naik foto kenderaan yang dilihatnya di laman sosial Instagram @supercarsinmanchester_ dan turut menganjurkan acara ‘Supercar Sunday’ bulan depan.

Belsham mengakui menghabiskan masa selama 11 jam sehari untuk menghayati kehebatan kenderaan-kenderaan mengagumkan itu.

“Saya sukakannya. Saya suka apabila datang ke sini dan tidak tahu kereta apa yang akan dilihat, anda mungkin melihat kereta terbaik dunia,” katanya. –TheSun

Google ads
Back to top button