Artikel Pilihan

APA INSENTIF YANG DIBERIKAN OLEH NEGARA MAJU BAGI MENGGALAKKAN PEMILIKAN EV?

Europe Comission meletakkan sasaran yang menjelang tahun 2050 benua Eropah mencapai carbon neutrality, iaitu tiada pelepasan unsur karbon (gas karbon dioksida) dilepaskan ke alam sekitar. Menerusi kajian mendalam, mereka mendapati 1/3 unsur karbon dibebaskan oleh kenderaan yang menggunakan enjin pembakaran dalam.

Bagi mencapai matlamat ini, Europe Commission meletakkan sasaran untuk meningkatkan pemilikan kenderaan berkuasa elektrik secara agresif di kalangan pengguna. Buat masa sekarang, data menunjukkan sebanyak 1.4 juta kenderaan EV telah terjual dan Europe Commission meletakkan sasaran pemilikan EV sebanyak 30 juta unit menjelang 2030.

Nampak angka tersebut seperti agak mustahil untuk dicapai, tapi Europe Comission telah menggariskan beberapa langkah yang telah diambil bagi meningkatkan pemilikan EV di kalangan penduduk EU. Antara langkah tersebut ialah:

1. Pengecualian sehingga 25% cukai jualan berdasarkan harga jualan bagi EV di Norway. Secara tak langsung harga EV akan menjadi semakin rendah berbanding sebelumnya

2. Pengurangan cukai dan menghapuskan terus cukai pendaftaran bagi EV dan PHEV sehingga 10,000 Euro di Norway

3. Cukai jalanan yang minima untuk EV. Sebagai contoh kerajaan Norway mengenakan cukai 45 Euro bagi EV manakala kereta berkuasa petrol atau diesel dikenakan 280 Euro. Jerman menghapuskan terus cukai jalan bagi EV

4. Kerajaan Jerman menyediakan geran khas kepada pembeli baru yang memilih PHEV dan juga EV. Sebagai contoh EV diberikan geran sebanyak 4000 Euro manakala PHEV sebanyak 6000 Euro

5. Kerajaan Belanda akan memberi pelepasan rebet cukai pendapatan bagi pembelian EV untuk kegunaan syarikat dan persendirian.

6. Kerjaan Peranchis memberi rebet 6000 Euro bagi PHEV yang menghasilkan 20g/km gas karbon dioksida dan menawarkan rebet 4000 Euro jika pemilik kereta diesel lama berminat untuk menukar kepada EV

7. Kerajaan Norway menawarkan dana untuk membina fasiliti mengecas EV di apartment dan pusat membeli belah serta membina pusat mengecas EV pantas pada jarak setiap 50km di jalanraya utama. Semua EV dikecualikan dari membayar tol dan parkir percuma di bandar utama

8. Kerajaan Jerman menyediakan geran kepada pemilik yang ingin memasang pengecas EV di rumah sehingga 30,000 Euro bagi sistem pengecasan pantas dan 2500 Euro bagi pengecas biasa. Bank diarahkan menyediakan pakej pinjaman dengan kadar faedah rendah bagi menggalakkan pembelian EV

9. Kerajaan Peranchis menyediakan dana 50 juta Euro untuk pembangunan pusat mengecas serta pelepasan cukai bagi pemilik yang memasang peralatan mengecas di rumah

Kalau kita lihat semua insentif yang disediakan oleh negara maju ini, kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri berkerjasama dengan semua pihak bagi membolehkan pemilikan EV serta memudahkan rakyat memiliki EV dengan rebet serta pelepasan cukai

Jadi bagi memudahkan EV, kami berharap pihak kerajaan kaji balik cukai jalan bagi EV di Malaysia yang kami rasa agak mengarut, harga EV yang mahal bagaikan beli kereta mewah serta berikan polisi yang jelas mengenai EV di Malaysia secepat mungkin.

Tak payah sembang pasal kereta terbang kalau isu EV pun tak boleh selesai

Google ads
Back to top button