Artikel Pilihan

TERLEBIH MABUK SAMPAI TERPAKSA PANGGIL TRAK TUNDA TOLONG HANTAR BALIK – KREATIF NI

Topik pemandu mabuk memang tengah hangat sekarang ni. Nak pulak kalau jenis mabuk bawa kereta macam orang gila dan lepas tu pergi langgar orang. Itu tak termasuk yang pandu kereta di laluan bertentangan lagi tu. Kami tak kisah pun kaki mabuk ni nak minum banyak mana pun tapi kalau dah mabuk sangat tu pandai-pandai naik Grab ke teksi ke kalau nak balik rumah.

Itu bagi yang masih rasa bertanggungjawab dan tak nak bahayakan nyawa orang lain. Asalkan duit baki ada lagi untuk bayar teksi okeylah kan? Tapi mamat dalam cerita ni berpandangan lebih jauh dan banyak duit. Kenapa? Sebab beliau memilih untuk memanggil trak tunda untuk membawa kereta sekali dengan beliau sekali balik ke rumah.

Ye lah, nak balik baik teksi tinggal kereta kat luar pun bahaya juga kan? Nak pulak kereta mahal macam Range Rover Evoque ni. Jadi dengan cara ni, kereta dan tuan boleh balik dengan selamat.

Saksikan beberapa siri video yang dikongsikan oleh netizen bernama Penny Goh ni. Nampak cool pulak kan mamat dalam Evoque putih ni. Siap naik sendiri atas trak tunda tu dan turun balik bila sampai depan rumah.

Tapi kalau mabuk betul mahu tersilap rumah kan? Tak ke haru kalau sampai-sampai rupanya rumah orang lain.

Walaupun cara ini mungkin tidak sesuai dari segi kewangan tetapi untuk orang berduit ini bukannya satu masalah. Hai, arak beratus RM sebotol boleh minum takkan tambang trak tunda pun berkira. Boleh puji jugak la pemikiran mamat ni walaupun dah mabuk. Kalau pandu sendiri jumpa roadblock boleh terkencing dalam seluar.

Cuma kami tak pasti sama ada video ni dah lama ataupun masih baru. Apa pendapat anda? Tapi yang pasti long kai trak tunda dan ada bisnes baru lepas ni.

Untuk menonton video korang boleh klik link kat bawah.

Kredit kepada worldofbuzz.com dan Penny Goh

https://worldofbuzz.com/wp-content/uploads/2020/08/116502764_1523370134502661_820071055733889063_n.mp4?_=1

https://worldofbuzz.com/wp-content/uploads/2020/08/109016920_3673803149314561_4989883037865361277_n.mp4?_=2

https://worldofbuzz.com/wp-content/uploads/2020/08/drunk3.mp4?_=3

Google ads
Back to top button