Buletin

400,000 KENDERAAN ROSAK DALAM BENCANA BANJIR DI CHINA

Persatuan Perdagangan Zhengzhou menganggarkan lebih 400,000 kenderaan rosak dalam kejadian banjir yang melanda China baru-baru ini.

Melalui laporan Weather Network, terdapat banyak lambakan kenderaan yang rosak teruk dapat dilihat selepas banjir mulai beransur pulih.

Jumlah kerosakan kenderaan itu menggambarkan sebahagian tempias bencana banjir yang berlaku di wilayah Henan.

Kerajaan wilayah berkenaan menganggarkan banjir yang berlaku pada penghujung Julai lalu menjejaskan lebih 14 juta penduduk malah kira-kira 930,000 orang perlu dipindahkan ke tempat lain.

Bencana banjir tersebut turut mengorbankan 302 orang dan 50 masih tidak ditemui sehingga kini.

Kebanyakkan mangsa adalah dari Zhengzhou apabila hujan lebat selama sejam melanda wilayah berkenaan sekali gus mengakibatkan banjir teruk malah menukar jalan raya menjadi ‘sungai’ menghanyutkan ribuan kenderaan.

Kerosakan akibat bencana banjir di negara itu dianggarkan mencecah sehingga AS$20.63 bilion (RM87.38 bilion). –carscoops

Google ads
Back to top button