Buletin

BILIK PAMERAN KEMBALI BEROPERASI, PERODUA MULAKAN PENGHANTARAN KENDERAAN KEPADA PELANGGAN

Perodua telah memulakan kembali operasi pusat jualan dan selepas jualannya, termasuk bengkel Badan Kenderaan dan Cat (B&P) di seluruh negara. Perodua kini mempunyai 191 pusat jualan, 197 pusat servis dan 69 B&P di seluruh negara.

Pembukaan semula pusat jualan dan selepas jualan Perodua dibuat setelah fasiliti pembuatannya di Sungai Choh, Rawang dibenarkan beroperasi baru-baru ini.

Penghantaran kenderaan telah bermula secara berperingkat sejak minggu ini. Perodua menjangkakan lebih banyak kereta Perodua dihasilkan dan didaftarkan dalam beberapa minggu akan datang. 

“Kami berterima kasih kepada pelanggan atas kesabaran, kefahaman dan kesetiaan dalam menerima kenderaan Perodua mereka. Kami berharap dapat menghantar sebanyak mungkin pesanan yang ada dalam tahun ini,” tambahnya.

“Kami kini sedang menilai kesan penutupan yang diperkenalkan pada 1hb Jun 2021 terhadap operasi. Perodua kami akan mengumumkan sasaran semakan untuk tahun ini tidak lama lagi,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

Walaupun Perodua telah memenuhi kriteria yang diperlukan untuk program vaksinasi pekerja-pekerjanya, pengeluar kereta kompak itu tetap menggariskan panduan keselamatan buat para pelanggan ketika mengunjungi pusat jualan dan selepas jualannya. Pusat selepas jualan merangkumi pusat servis serta kemudahan badan kenderaan dan cat.

Keperluan-keperluan keselamatan ini termasuklah mendapat vaksin sepenuhnya, memakai pelitup muka, membuat janji temu sebelum mengunjungi cawangan jualan dan/atau servis dan sentiasa menjaga penjarakan fizikal.

Perodua mempunyai kira-kira 11,000 orang kakitangan. Jika digabungkan dengan para pembekal, pengedar dan kontraktornya, ekosistem Perodua mempunyai lebih 70,000 tenaga kerja.

Google ads
Back to top button