Buletin

GM TAK BOLEH BAIKI WIPER ROSAK DISEBABKAN KEKURANGAN ALAT GANTI

Agensi National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) baru-baru ini mengumumkan kempen panggil semula melibatkan model Chevrolet Equinox 2014-2015 dan juga GMC Terrain disebabkan oleh komponen wiper bermasalah.

Difahamkan, kempen recall ini melibatkan 681,508 unit kenderaan yang disebutkan tadi, namun para pemilik kenderaan ini terpaksa berdepan dengan satu masalah – ia sukar untuk diselesaikan disebabkan oleh kekurangan alat ganti.

Bercakap kepada WAVY.com, pemilik GMC Terrain John Wayne Warren berkata, beliau menerima surat pemberitahuan berhubung kempen panggil semula namun mendapati masalah tersebut tidak dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

“Alat ganti untuk pembaikan masih lagi belum tersedia, namun sekiranya ia sudah ada, pengedar GMC berdekatakan akan memeriksa modul wiper dan menggantikannya atau membaikinya apabila diperlukan,” menurut surat notis tersebut.

Menurut Warren, disebabkan oleh masalah kakisan, komponen wiper kereta beliau tidak dapat berfungsi dengan baik, dan ia mendatangkan masalah sekiranya terpaksa memandu di dalam keadaan hujan.

Jelasnya lagi, beliau telah menghantar email, teks, dan menghubungi pihak pengedar GMC berhubung masalah kekurangan alat ganti tersebut, namun sehingga kini masih lagi tidak jalan penyelesaian.

Opsyen lain adalah membaiki kerosakan tersebut menerusi pihak ketiga, namun menurut Warren ia memerlukan kos sekitar $1,000 yang menjadikan pilihan tersebut kurang menarik memandangkan ia boleh dilakukan secara percuma di pusat pengedar GMC. – WAVY.com

Google ads
Back to top button