Buletin

GRX TANECO DENGAN DUA PELUMBA UNTUK WORLD RX 2018

Itu hari Bradder Karrager dah kongsikan tentang pasukan Peugeot Total, kali ini kisah sebuah lagi pasukan yang bertanding dalam FIA Word RX, GRX Taneco yang sedang mempersiapkan pasukan bagi musim 2018. Dan untuk itu, GRX Taneco telah mengambil seorang lagi pemandu Timur Timerzyanov bagi menyertai mereka.

BACA : TEAM PEUGEOT TOTAL BERSEDIA UNTUK MUSIM BAHARU FIA WORLD RX DENGAN PEUGEOT 208 WRX

BACA : JOM KENALI APA ITU RALLYCROSS

GRX Taneco ini diuruskan oleh individu yang sememangnya tidak asing dalam dunia rali,  Marcus Grönholm, bekas juara WRC sebanyak dua kali. Sudah tentu pengalaman yang beliau ada, sangat berguna buat pelumba pasukannya.

Bagi musim 2018 ini, Dan sememangnya pemilihan Timur Timerzyanov dilihat tepat, kerana beliau bukanlah kecil anak. Pelumba kelahiran Rusia adalah mantan juara  FIA European Rallycross Champion sebanyak dua kali pada 2012 dan 2013.

Timur bakal bergandingan dengan Niclas Grönholm, anak kepada Prinsipal pasukan GRX Taneco sendiri. Musim lalu prestasi beliau dilihat kurang cemerlang kerana hanya mampu berada di tempat ke 20 keseluruhan sahaja.

Bila barisan pelumba dah bersedia, sudah tentulah pasukan ini memerlukan sebuah kereta yang cukup laju dan berkeupayaan untuk bertahan dalam saingan World RX yang cukup mencabar.

Marcus yang mempunyai hubungan baik dengan Michel Nandan, Prinsipal Hyundai WRC Team telah memutuskan untuk membeli Hyundai i20 bagi kegunaan pasukannya. Walaupun tidak disokong oleh Pengilang seperti pasukan lain, tetapi menurut Marcus beliau memperolehi banyak maklumat yang berguna bagi mempersiapkan kereta ini.

Bagi Marcus, gandingan diantara Timur dan anaknya Niclas mengimbangi pasukan. Timur dengan pengalaman yang beliau miliki sudah tentu mampu memberikan keputusan yang positif manakala Niclas telah pun bekerja keras sepanjang musim sejuk yang lalu bagi memperbaiki catatan masa.

Pengarah Urusan World RX, Paul Bellamy turut berasa gembira dengan penyertaan berterusan GRX Taneco, apatah lagi dengan penambahan menjadikan dua buah kereta yang akan beraksi di atas litar. Malah, beliau turut mengalu-alukan penyertaan Hyundai.

Pusingan pertama World RX ini bakal berlangsung di Barcelona pada 14-15 April nanti.

 

Google ads

B K

Back to top button