Buletin

HYUNDAI i20 2023 TAMPIL SPORTY, JANA 99HP ATAU 118HP – DEBUT Q3 DI TURKIYE

Hyundai i20 menerima kemas kini baharu dengan penampilan lebih garang dan sporty terutama menerusi perubahan pada bahagian hadapan serta bampar belakang yang direka bentuk semula.

Model ini hadir dengan tiga pilihan warna baharu iaitu Lucid Lime Metallic, Lumen Grey Pearl dan Meta Blue Pearl.

Di bahagian dalam, terdapat pakej warna dalaman Lucid Lime yang memberikan kabin lebih cerah serta kemasan jalur menegak pada tempat duduk.  

Perubahan lain di dalam kabin termasuklah skrin LCD 4.2-inci, USB jenis C, eCall generasi kedua berasaskan 4G, sistem audio Bose dan kemas kini peta melalui Over-the-Air (OTA. ) Ia turut hadir dengan skrin meter 10.25-inci, skrin paparan 10.25-inci bersama ketersambungan Apple CarPlay/Android Auto dan sistem telematik Bluelink® baharu.

Aspek keselamatan Hyundai Smart Sense pula merangkumi fungsi Bantuan Pengelakan Pelanggaran Berdepan (FCA), Interurban, pejalan kaki dan penunggang basikal.

Ia juga dilengkapi sistem Bantuan Pengekalan Lorong (LFA) dan pilihan fungsi Bantuan Lintasan Pelanggaran Trafik Belakang (RCCA).

Turut ditawarkan ialah fungsi Bantuan Pengelakan Titik Buta (BCA) serta Kawalan Jelajah Pintar berasaskan Navigasi (NSCC).

Dari segi kuasa, Hyundai i20 dipacu oleh enjin pengecas turbo 1.0 liter yang berupaya menghasilkan 99hp atau 118hp dengan bantuan hibrid ringan 48 volt.

Enjin itu kemudian dipadankan bersama transmisi Intelligent Manual Transmission (iMT) enam kelajuan atau klac berkembar tujuh kelajuan (DCT).

Hyundai menyatakan i20 akan melakukan debut pada suku ketiga 2023 di Izmit, Turkiye.

Google ads
Back to top button