" "
Stail

SUBARU IMPREZA WRX 1999 DENGAN JARAK PERBATUAN 17K UNTUK DISAMBAR

Anda mahukan sebuah Subaru Impreza WRX generasi terawal?

Bagi mereka yang mempunyai tahap kedalaman poket yang sukar untuk diduga, masa untuk melihat lelongan dalam talian sebuah Subaru WRX tahun 1999 oleh Collecting Cars.

Mungkin bagi sesetengah pihak, rekaannya tidaklah segempak model Impreza 22B STi dua pintu, tapi sekurang-kurangnya Subaru Impreza WRX empat pintu ini masih lagi mempunyai rekaan yang malar segar, ringkas dan mampu membuatkan kepala anda tertoleh beberapa kali.

Menurut keterangan, Subaru Impreza WRX 1999 ini hanya mempunyai jarak perbatuan 17,623 km sahaja, dan kondisi keseluruhan kereta yang dilayangkan warna Pure White ini, serta tahap kekemasan ruang kabin yang nampak macam baru sahaja keluar kilang!

Kelengkapan yang anda boleh lihat termasuklah tempat duduk jenis bucket, upholsteri kelabu gelap dengan aksen dan jahitan merah pada roda stereng dan tombol gear, serta panel meter berwarna putih.

Subaru Impreza WRX 1999 ini datang dengan enjin boxer 2.0 liter yang mampu menghasilkan 276 kuasa kuda, 339 Nm daya kilas yang disalurkan kepada sistem pacuan semua roda menerusi transmisi manual lima kelajuan.

Kereta Impreza WRX putih pada ketika ini berada di Joondana, Australia dan setakat artikel ini ditulis, tiada sebarang harga anggaran dipamerkan dalam laman web tersebut.

Sumber: Collecting Cars

Google ads
Check Also
Close
Back to top button