BuletinMotosikal

YAMAHA XMAX 250CC KINI DI PASARAN, RM22.5K. INI PENCABAR MODENAS ELEGAN DAN SYM EVO

Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd (HLYM) hari ini mengumumkan kehadiran satu lagi produk baru mereka. Skuter maxi XMAX kini sudah berada di pasaran dan dijangka akan tiba ke pusat pameran Yamaha di seluruh negara pada hujung bulan ini.

Di pamerkan buat pertama kalinya sewaktu pelancaran MT-09 baru-baru ini, ia  skuter satu-satunya dari jenama “big four” dalam kelas 250cc di pasaran Malaysia. Saingan terdekatnya ialah Honda FOrza NSS300cc. (yang memerlukan anda menggunakan lesen B penuh)

BACA: YAMAHA XMAX 300 UNTUK EROPAH

XMax 250 dikuasakan oleh enjin 250cc empat lejang SOHC sejukan cecair dan sistem suntikan bahanapi elektronik. Enjin generasi Bluecore ini digandingkan dengan transmisi automatik CVT yang menempati piawaian Euro 4.

Antara ciri menarik skuter ini ialah

1) Sistem brek anti kekunci ABS (Antilock Braking System) depan dan belakang sebagai peralatan standard.
2) Didatangkan dengan Sistem kawalan traksi (Traction Control System – TCS)
3) Ruang bawah kerusi yang luas. BOleh memuatkan dua buah helmet penuh muka bersaiz XL.
4) Sistem kunci pintar dengan fungsi jawab semula.
5) Lampu utama LED .
6) Panel meter LCD Sepenuhnya .
7) Soket outlet kuasa 12Volt.

8) Bar hendal bolehlaras dengan penghadang angn hadapan bolehlaras.

Dengan kesemua fungsi ini, XMax dijual pada harga RM22,498.50 termasuk GST yang pada kami sangat kompetitif.

Ia ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Metallic White dan Rusty Bronze

 

Google ads
Back to top button