Buletin

GWM MALAYSIA ANJUR SESI PANDU UJI AWAM GWM TANK 300 DI M4TREC – 20 DAN 21 JULAI INI

Bersempena GWM TANK 300 yang dilancarkan baru-baru ini,  Great Wall Motor (GWM) Malaysia akan menganjurkan acara pandu uji awam ‘off-road’ pada 20 dan 21 Julai 2024, bertempat di M4TREC, 4WD Training & Experience Centre di Semenyih, Selangor.

Diimport sepenuhnya (CBU) dari China, SUV ‘off-road’ ini ditawarkan pada harga kompetitif RM250,000 (OTR) tanpa insurans dengan empat pilihan warna menawan iaitu Dusk Orange, Fossil Grey, Crystal Black, dan Pearl White.

Acara ini bakal memberi peluang kepada orang awam untuk merasakan sendiri cabaran dan halangan laluan yang direka khas bagi mempamerkan kebolehan dan kemampuan GWM TANK 300 sebagai pilihan SUV ‘off-road’.

Selain itu, para peserta juga akan menerima latihan daripada pengajar profesional mengenai kaedah serta teknik untuk menguasai pelbagai cabaran semasa pengembaraan pemanduan.

Terbuka untuk orang awam, sesi pandu uji ini mempunyai pelbagai halangan mencabar untuk ditakluki dengan GWM TANK 300 seperti Log Bridge, Axle Twister, Ridge Crossing, Log Track, Hill Descent, Hill Climb dan sebagainya.

Selain itu, tawaran hadiah eksklusif daripada GWM turut menanti para peserta yang menyertai acara ini.

Untuk menempah slot sesi pandu uji ‘off-road’, sila RSVP di https://forms.gle/Xi7ZuvMPo9jDJwEW9

Google ads
Back to top button