Buletin

GWM TANK 300 TERIMA 150 TEMPAHAN PRA-PELANCARAN

Great Wall Motor (GWM) Malaysia hari ini mengumumkan bahawa GWM TANK 300 telah berjaya mencapai 150 tempahan pra-pelancaran, menandakan sebuah permulaan mengagumkan bagi SUV ‘off-road’ ini di pasaran Malaysia.

Sebagai sebuah SUV ‘off-road’, ia memenuhi setiap permintaan para pengguna di Malaysia, di mana ia mampu merentasi pelbagai jenis permukaan, dari jalan raya di kawasan bandar hingga pelbagai laluan mencabar.

GWM TANK 300 dengan reka bentuknya yang lasak, ciri-ciri canggih, dan prestasinya diyakini adalah selari dengan kehendak mana-mana pelanggan yang mengutamakan kualiti pengembaraan, ketahanan, serta kepelbagaian untuk kenderaan mereka.

Selain itu, 300 pelanggan pertama GWM TANK 300 akan menerima pakej Istimewa daripada GWM iaitu:

  • Pakej perkhidmatan percuma selama 5 Tahun / 100,000 km, termasuk bahagian dan buruh, mana-mana yang terdahulu.
  • Pemilik pertama GWM TANK 300 bakal memperolehi waranti seumur hidup untuk enjin dan transmisi dengan jarak perjalanan tanpa had.
  • GWM Malaysia turut menyediakan hadiah misteri untuk 300 pemilik pertama ini, yang akan diumumkan semasa pelancaran rasmi nanti.

Sebagai sebuah jenama SUV ‘off-road’ nombor 1 di China, GWM TANK telah berjaya mendominasi lebih daripada 50 peratus pasaran SUV ‘off-road’ di China.

GWM TANK 300 turut memegang takhta sebagai juara SUV selama 40 bulan berturut-turut, dan mencapai jumlah jualan lebih daripada 400,000 unit di peringkat global.

Google ads
Back to top button