" "
Buletin

TANK 300 BAKAL DILANCARKAN TAHUN INI – TAMPIL ELEGAN, JANA 217HP, ANGGARAN HARGA RM250K

Selain memperkenalkan GWM ORA 07 dan HAVAL H6 HEV, turut bakal mendarat di pasaran Malaysia adalah SUV TANK 300.

GWM Tank 300 tampil dengan lampu utama berbentuk bulat, gril yang besar dan dari luaran, ia memberikan penggayaan agresif namun tidak berlebihan.

Di bahagian dalam, ia dilengkapi dual-screen bersaiz 12.3-inci, sunroof, sistem audio premium, sementara tempat duduk pula dibalut kulit Nappa, direka agar lebih ergonomik serta mempunyai fungsi pengudaraan dan mengurut.

Ciri keselamatan turut dilengkapi dengan ciri moden seperti Adaptive cruise control (ACC), Lane departure warning system (LDW), Lane keeping assist (LKA), Secondary collision mitigation (SCM), serta Traffic jam assist system (TJA).

Dari segi kuasa, ia mempunyai dua konfigurasi kuasa iaitu 2.0L Turbo dengan transmisi automatik 8AT, menghamburkan kuasa 217hp dan tork pada 380Nm.

Sementara, nadi 2.0L Turbo bersama sistem hibrid dengan transmisi automatik 9-kelajuan HAT, menghasilkan 301hp dan tork 640Nm.

Untuk tarikh pelancarannya, GWM bagaimanapun masih belum mendedahkan sebarang perincian namun ia akan diperkenalkan setelah pelancaran ORA 07 dan HAVAL H6 HEV.

Bagi harga pula, ia bakal dijual dengan anggaran tanda harga sekitar RM250,000.

GALERI:

  • BACA:
  • BACA:
  • BACA:
  • BACA:
Google ads
Back to top button