" "
Artikel Pilihan

MASALAH KERETA ELEKTRIK 3 KALI GANDA LAGI TERUK – PAKAR

Dapatan kajian JD Power pada tahun 2024 menerusi US Initial Quality Study mendapati kereta elektrik dan kereta hibrid plug-in datang dengan pembagai masalah sehingga menyebabkan kedudukan mereka jatuh dalam kajian keboleharapan pada pengguna

Walaupun kereta elektrik dikatakan lebih tahan lasak dan boleh diharap berbanding dengan kereta yang menggunakan enjin disebabkan menggunakan komponen bergerak yang lebih sedikit (tidak memerlukan penukaran minyak pelincir), tanggapan ini adalah tidak benar sama sekali.

Kajian JD Power menerusi IQS mendapati kereta elektrik dan kereta plug ini hybrid memerlukan lebih banyak proses pembaikan luar jangka, baik dari jenama biasa ataupun daripada jenama premium. Kajian JD Power ini bukanlah kajian pertama yang menunjukkan kereta elektrik selasak kereta biasa seperti yang digembar-gemburkan.

Pada tahun 2024, JD Power mendapati kereta dengan enjin memberikan purata 180 PP100 (Problems per 100 -180 masalah bagi setiap 100 buah kereta). Namun kereta elektrik pula memberikan data 266 PP100, leboh tinggi berbanding dengan kereta petrol.

Frank Hanley, Pengarah Kanan Auto Benchmarking JD Power menjelaskan pemilik kereta elektrik dan PHEV mengalami masalah yang serius, sehingga memerlukan mereka menghantar semula kereta baru ke pusat servis pada kadar 3 kali ganda berbanding dengan pemilik kereta petrol

JD Power juga mendapati kualiti pembuatan kereta elektrik tidak banyak berubah pada tahun 2024, namun jurang kualiti antara Tesla dengan pembuat kereta legasi menjadi rapat. JD Power juga mengesahkan tindakan Tesla membuang butang fizikal pada Model 3 adalah perbuatan yang “tidak boleh diterima” oleh pembeli

Untuk tahun 2024, purata nilai yang diterima oleh industri ialah 195PP. Bagi jenama biasa RAM mendahului kajian dengan 149PP, diikuti oleh Chevrolet 160PP dan Hyundai 162PP. Bagi jenama premium ia didahului oleh Porsche dengan 172PP, Lexus 174PP dan Generis 184PP

Antara model yang kurang bermasalah ialah:

  • General Motors Company  Cadillac XT5, Cadillac XT6, Chevrolet Equinox, Chevrolet Silverado HD, Chevrolet Tahoe dan Chevrolet Traverse.
  • Hyundai Motor Group meliputi Genesis G80, Hyundai Santa Cruz, Kia Carnival dan Kia Forte.
  • Toyota Motor Corporation dengan Lexus IS, Lexus LC, Lexus UX dan Toyota Camry.
  • Toyota Motor Corporation menunjukkan Lexus LC, dilapor memiliki masalah paling sedikit iaitu 106 PP100.

Kajian yang dibuat oleh JD Power adalah berdasarkan 227 soalan termasuklah data pembaikan meliputi 10 kategori terdiri daripada sistem info hibur, ciri tambahan, sistem kawalam, kemasan luaran, ADAS, kemasan dalaman, sistem trenkuasa, kusyen, pengalaman pemanduan, sistem HVAC dan masalah luar biasa yang dihadapi oleh pembeli dari bulan Julai 2023 sehingga bulan Mei 2024

Antara masalah yang dihadapi ialah:

1. Terlalu banyak sistem amaran yang berbunyi

2. Sistem ADAS yang mengelirukan dan tidak boleh diharap

3. Sambungan Apple Car Play dan Android Auto yang bermasalah

4. Kawalan kenderaan yang tidak intuitif bagi kereta elektrik

5. Bau busuk pada kabin yang berpunca dari sistem HVAC

Google ads
Back to top button