GWM TANK 300 TIBA DI MALAYSIA – BAKAL DILANCARKAN JULAI INI
Great Wall Motor (GWM) Malaysia telah mengumumkan bahawa GWM TANK 300 dijadualkan bakal dilancarkan pada pertengahan Julai ini.
SUV Off-Road ini juga akan memulakan penghantarannya kepada pelanggan GWM.
GWM TANK 300 terkenal sebagai salah satu jenama SUV Off-Road terbaik di dunia dan telah diiktiraf sebagai juara SUV Off-Road selama 41 bulan berturut-turut di China.
Diraikan kerana bahagian luar yang lasak dan dalaman canggih, kenderaan itu telah memperoleh pensijilan keselamatan 5 bintang daripada ANCAP.
GWM Tank 300 tampil dengan lampu utama berbentuk bulat, gril yang besar dan dari luaran, ia memberikan penggayaan agresif namun tidak berlebihan.
Di bahagian dalam, ia dilengkapi dual-screen bersaiz 12.3-inci, sunroof, sistem audio premium, sementara tempat duduk pula dibalut kulit Nappa, direka agar lebih ergonomik serta mempunyai fungsi pengudaraan dan mengurut.
Ciri keselamatan turut dilengkapi dengan ciri moden seperti Adaptive cruise control (ACC), Lane departure warning system (LDW), Lane keeping assist (LKA), Secondary collision mitigation (SCM), serta Traffic jam assist system (TJA).
Dari segi kuasa, ia mempunyai dua konfigurasi kuasa iaitu 2.0L Turbo dengan transmisi automatik 8AT, menghamburkan kuasa 217hp dan tork pada 380Nm.
Sementara, nadi 2.0L Turbo bersama sistem hibrid dengan transmisi automatik 9-kelajuan HAT, menghasilkan 301hp dan tork 640Nm.
Sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan untuk GWM TANK 300, sila layari https://www.gwm.com.my/TANK300.html
- BACA: ROYAL ENFIELD GUERILLA 450 LANCAR 17 JULAI INI
- BACA: WRC2 – SAMI PAJIRI HEBAT UNTUK MENGUNGGULI DI ORLEN 80TH RALLY POLAND
- BACA: SEMUA SUPERCAR INI MAMPU MELEPASI BATASAN 10000 RPM – KALAH TYPE R KITA BEY
- BACA: WRC 2024 – KALLE ROVANPERA MENANG DI POLAND WALAU PUN HANYA SEBAGAI PEMANDU GANTIAN