
GWM ORA 07 KINI DIBUKA UNTUK TEMPAHAN – DUA VARIAN, JANA KUASA 402HP, JARAK GERAK 640KM
GWM Malaysia mengumumkan model yang bakal dilancarkan di pasaran Malaysia tidak lama lagi, GWM ORA 07 kini dibuka untuk tempahan.
ORA 07 adalah kenderaan tenaga baharu diorientasikan memberi keutamaan kepada keseronokan pemanduan serta penekanan pada ciri keselamatan.
ORA 07 menerima peningkatan menyeluruh dalam ciri keselamatan kenderaan dengan memberi persekitaran pemanduan yang lebih selamat dan bijak.
Untuk pasaran Malaysia, ia akan ditawarkan dalam dua varian iaitu motor elektrik tunggal (jarak gerak 640km), jana kuasa 201hp, dan motor elektrik berkembar panduan empat roda (jarak gerak 550km) dengan janaan kuasa sebanyak 402hp.

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan ciri-ciri standard seperti sayap belakang elektrik adaptif, reka bentuk pintu tanpa bingkai, dan lain-lain.
Bagi model GWM ORA 07, ia ditawarkan dalam tiga warna:
- Crystal Purple
- Amethyst Gray
- Jade White
Pelanggan yang berminat untuk mendapatkan kenderaan elektrik ini boleh membuat tempahan GWM ORA 07 melalui pengedar-pengedar sah GWM di seluruh negara atau layari laman web rasmi di https://www.gwm.com.my/ORA07.
Bagi menawarkan pengalaman pemilikan bebas dari kebimbangan, pelanggan yang membuat tempahan ORA 07 mulai hari ini akan menerima faedah eksklusif iaitu pakej penyelenggaraan percuma selama 5 tahun.
Untuk makluman, tawaran ini hanya tersedia untuk tempoh terhad.
- BACA: ORA 07, GWM TANK 300 TIBA DI MALAYSIA – BAKAL DILANCARKAN PADA SUKU PERTAMA TAHUN 2024
- BACA: ORA 07 TIBA DI PASARAN MALAYSIA SUKU PERTAMA 2024, TAWAR DUA VARIAN
- BACA: ORA LIGHTNING CAT BAKAL MUNCUL DI PASARAN TEMPATAN, HARGA SEKITAR RM200K
- BACA: ORA LIGHTNING CAT BAKAL DILANCARKAN DI MALAYSIA TAHUN DEPAN, HARGA BERMULA SEKITAR RM200K