Buletin

HAFIZH TIADA TEMPAT DI PETRONAS SRT JIKA GAGAL DGN KTM TECH 3 – RAZLAN

Hafizh Syahrin, pelumba pasukan KTM Tech 3 berdepan dengan amaran keras dari orang nombor satu SIC, merangkap Prinsipal pasukan Petronas SRT MotoGP, Datuk Razlan Razali.

Razlan memberi amaran awal berikutan prestasi Hafizh yang merudum di pembukaan musim MotoGP 2019. Selaku Prinsipal pasukan utama Petronas SRT, beliau tidak mahu Hafizh berasa selamat jika KTM Tech 3 tidak menyambung kontraknya pada tahun ini.

“Saya perlu maklumkan bahawa kami sudah mempunyai kontrak dengan pelumba sendiri (Franco Morbidelli dan Fabio Quartararo) sehingga tahun depan (2020).

“Saya perlu jelaskan bahawa tiada tempat untuk Hafizh di sini. Petronas SRT bukanlah tempat yang “selamat” untuknya.

Razlan turut mengingatkan Hafizh supaya terus berusaha memperbaiki kedudukannya dalam perlumbaan.

“Beliau perlu bangkit dalam perlumbaan kedua di Argentina hujung bulan ini,”

“Beliau perlu bersungguh-sungguh dah berhenti menyalahkan keserasian jentera berbeza antara Yamaha yang ditunggangnya tahun lalu. Ini lah realitinya, beliau sedang menunggang KTM dan beliau perlu sedar dan perbaiki kemahirannya kerana jika tidak, beliau akan berdepan masalah besar.

Hafizh memulakan karier pada perlumbaan kelas premier tahun lalu bersama pasukan sama tetapi jentera berbeza. Pada tahun lepas, prestasinya agak bagus namun sangat berbeza sejak berpindah kepada mesin KTM.

Hafizh juga mendapat kecaman dari ketua pasukannya yang kecewa dengan pretasi beliau.

Untuk rekod, kontrak Hafizh dan KTM Tech 3 akan tamat pada hujung musim ini dan jika beliau terus mempamerkan aksi buruk, ia adalah kedudukan yang tidak bagus untuk pasukan dan juga karier beliau.

come onnnn bossskuuuu!!!!!

Google ads
Back to top button